Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dram] | درم

Definisi : bekas besar berbentuk silinder yg di­gunakan utk mengisi sesuatu (bahan api, air, dll): ~ minyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dram] | درم

Definisi : alat genderang yg terdiri drpd silinder berongga yg hujungnya diregang dgn kulit binatang dan dipukul dgn penukul, tangan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dram] | درم

Definisi : alat muzik spt gendang (yg dipasangi belulang pd satu atau pd kedua-dua hujungnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dram


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drum setperangkat dramKesenianTiadaDram yang mengandungi beberapa jenis dram seperti dram bes, dram getar, dram samping, tomtom, simbal, simbal kacip dan loceng.
kendhangkendhangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Dram ini berbentuk tong panjang yang cembung. Dua muka kulit dram dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Dram diletakkan secara melintang di atas riba pemain dan dipukul dengan kedua-dua belah tangan. Kendhang terdapat dalam pelbagai saiz seperti ketipung bersaiz kecil dan ciblon bersaiz sederhana. Ciblon biasanya digunakan untuk mengiringi tarian. Alat muzik ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan mempunyai hubung kait de­ngan alat gendang, katindiek dan dram lain di Indonesia dan Malaysia. Lihat juga gendang.

EDRAM (enhanced DRAM)EDRAM (DRAM dipertingkatkan)Teknologi MaklumatTiadaCip ingatan DRAM yang mengandungi sebahagian kecil SRAM dalam setiap cip DRAM untuk meningkatkan kelajuan. Cip SRAM bertindak sebagai ingatan cache. Sinonim CDRAM (cache DRAM)
tablatablaMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Dram ini dimainkan secara berpasangan yang dikenali sebagai tabla dan baya. Kedua-dua dram ini mempunyai satu muka kulit yang ditiunkan. Tabla diperbuat daripada kayu dan berbentuk kon. Permukaan kulitnya dipu­kul dengan tangan kanan. Sementara baya biasanya diperbuat daripada logam dan berbentuk periuk. Permukaan kulitnya dipukul dengan tangan kiri. Kedua-dua dram ini diletakkan secara menegak di atas lantai berhadapan dengan pemain. Dram yang terdapat di India Utara ini menghasilkan rentak dalam muzik klasik Hindustani. Baya dikenali juga sebagai bayan. Sinonim baya.

hoisting drumdram angkatKejuruteraanTiada1. Dram angkat: Dram besar pada kerja tarik yang menggulung kabel angkat.
bass drumdram besKesenianTiadaBahagian perangkat dram berupa dram besar bernada rendah.
gran cassa (It)gran cassaKesenianTiadaBahagian perangkat dram berupa dram besar bernada rendah. Sinonim dengan istilah bass dram.
dramdramPerubatanTiadaUnit berat dalam sistem apotekari yang bersamaan 1/8 auns.
marwasmarwasMuzikTiadaAlat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Marwas terdiri daripada badan berbentuk silinder pendek. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali nilon. Marwas dipegang dengan sebelah tangan sementara tangan yang sebelah lagi memukul salah satu permukaan dram. Dram ini menghasilkan rentak terhasil apabila tiga atau empat biji marwas dimainkan serentak. Alat muzik ini juga dikenali sebagai manias. Marwas atau manias biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu dalam bentuk ensembel kecil untuk.
bass tom-tombes tom-tomKesenianTiadaBahagian perangkat dram berupa dram yang menghasilkan suara lebih rendah daripada tam-tam yang terletak di sebelah kiri pemain dram.
12345678910...

Kembali ke atas