Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sepuluh dan dua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua belas

Puisi
 

Dua belas dayung berkunci,
     Dayung pergi tanah seberang;
Sedikit hati abang tak benci,
     Jangan didengar fitnah orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tarik muka dua belas.

Bermaksud :

Kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Dua belas gunung bertani, Tanam nanas di dalam kebun; Tuan tak belaskah dagang kami, Siang berpanas malam berembun.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dua belas dayung berkunci, Dayung pergi tanah seberang; Sedikit hati abang tak benci, Jangan didengar fitnah orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dua belas pantun berkarang, Pantun Melayu anak Semarang; Kami laksana kain yang jarang, Dijual tidak dibeli orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dua belas dayung ke Jambi, Putik nanas di dalam kebun; Adik tak belas memandang kami, Siang berpanas malam berembun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Satu dua tiga empat, Lima setengah tidak gunanya; Belas memandang tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas