Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dua kali sepuluh (20); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (jumĀ­lah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 20 (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Dua puluh lima nabi terbilang,
     Nabi Muhammad rasul pilihan;
Mati dahulu atau kemudian,
     Itu semua kerja Tuhan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Dua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Dua puluh tiga terendak Cina, Habis sebutir makan api; Biar kita mati bersama, Baru puas di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua puluh ramai soldadu, Soldadu balik dari berperang; Abang tidak mati dahulu, Kalau mati bertindih tulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima.Kurik Kundi Merah SagaAgama

Kembali ke atas