Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh tiga terendak Cina, Habis sebutir makan api; Biar kita mati bersama, Baru puas di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh ramai soldadu, Soldadu balik dari berperang; Abang tidak mati dahulu, Kalau mati bertindih tulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima. |