Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ga] | دوݢ

Definisi : 1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dll) drpd batu atau timah yg bertali; tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dll); 2. agak, sangka, teka: bayaran yg saya terima itu lebih besar jumlahnya drpd yg saya ~; menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll), mengajuk: laut yg dalam boleh diduga; 2. mengagak, meneka, meramalkan, me­nyangka: dr tadi dia ~ yg perkara itu akan berlaku; 3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui: kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yg diadakan utk ~ kedudukan pelajaran kami; terduga 1. telah diduga, boleh (dapat) diduga; 2. tersangka, terhitung, terjangka: lantikan Encik Ahmad sbg Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali; dugaan 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan; penduga alat (perkakas) utk menduga (me­ng­ajuk); batu ~ batu duga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ga] | دوݢ

Definisi : Mn; berduga, bersiduga berlumba, berlawan; menduga melawan, menyaingi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ga] | دوݢ

Definisi : = batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1 dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2 tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ Allah (Tuhan) sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duga

Peribahasa

Seperti lut dengan marakah.

Bermaksud :

Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
interviewvt 1. (applicant for a job, scholarship, etc) menemu duga: the manager ~ed all the applicants for the job, pengurus itu menemu duga semua pemohon jawatan tersebut; 2. (person whose views are sought) menemu ramah, menemu bual, mewawancara: he was assigned to ~ the visiting dignitary, dia ditugaskan utk menemu ramah pelawat kenamaan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interviewn 1. formal discussion (between applicant for a job, scholarship, etc and employer etc) temu duga: 60 applicants turned up for the ~, 60 pemohon datang utk menghadiri temu duga itu; 2. conversation between journalist and person whose views are sought, temu bual, temu ramah, wawancara; (in published form) wawancara; (press conference) sidang akhbar: The Vice-Chancellor said in an ~ that..., dlm temu bual itu, Naib Canselor berkata bahawa...; the President invited the press to an ~, Presiden tersebut menjemput para wartawan menghadiri sidang akhbar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trial balancen timbangan duga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pilot balloon n belon duga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
quizn competition, game to test knowledge of st, duga akal, kuiz: the weekly ~ programme, rancangan kuiz mingguan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interviewern (person interviewing job, scholarship, applicant, etc) penemu duga; (person esp journalist, interviewing so. for his views) penemu ramah, penemu bual, pewawancara; (in published article etc) pewawancara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mispronouncevt salah menyebut: the interviewer ~d my name, penemu duga itu salah menyebut nama saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bark1~ up; ~ up the wrong tree, salah /terka, sangka, duga/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intervieween person being interviewed for a job, scholarship, etc, orang yg ditemu duga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncomfortable3. causing discomfort, tdk menyelesakan: the interview was an ~ experience, temu duga itu satu pengalaman yg tdk menyelesakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas