Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ga] | دوݢ

Definisi : 1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dll) drpd batu atau timah yg bertali; tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dll); 2. agak, sangka, teka: bayaran yg saya terima itu lebih besar jumlahnya drpd yg saya ~; menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll), mengajuk: laut yg dalam boleh diduga; 2. mengagak, meneka, meramalkan, me­nyangka: dr tadi dia ~ yg perkara itu akan berlaku; 3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui: kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yg diadakan utk ~ kedudukan pelajaran kami; terduga 1. telah diduga, boleh (dapat) diduga; 2. tersangka, terhitung, terjangka: lantikan Encik Ahmad sbg Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali; dugaan 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan; penduga alat (perkakas) utk menduga (me­ng­ajuk); batu ~ batu duga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ga] | دوݢ

Definisi : Mn; berduga, bersiduga berlumba, berlawan; menduga melawan, menyaingi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ga] | دوݢ

Definisi : = batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1 dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2 tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ Allah (Tuhan) sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duga

Peribahasa

Seperti lut dengan marakah.

Bermaksud :

Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah. temuduga atau temu duga ? temubual atau temu bual? -Saya keliru kerana dalam laman DBP ini temu duga ada dieja rapat dan jauh begitu juga dalam iklan DBP.Ejaan yang betul ialah temu duga dan temu bual. Rujukan: Kamus Dewan Perdana.Ejaan14.05.2023
Apakah maksud duga akal ? terima kasihMenduga akal bermaksud pertandingan atau permainan untuk menguji pengetahuan seseorang tentang perkara atau hal tertentu dengan mengemukakan soalan kepadanya.Makna03.05.2010
Salam sejahtera, Bilakah keluar result IV Perancang Bahasa ya? Mohon update terkini. TkSalam sejahtera, keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel puan. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.07.2021
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga...

Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah:

i.   pengetahuan calon temu duga  tentang bidang tugas jawatan yang dimohon;

ii.  kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut;

iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya.

Lain-lain30.04.2008
Salam sejahtera saya ingin bertanya maksud perkataan "kembara duga"? adakah wujud perkataan ini dalam kamus dewan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana, kembara duga bermaksud kembara dengan mendaki, berkayak dan melawat tempat bersejarah untuk berekreasi, menambah pengetahuan, membuat kajian dan sebagainya.Makna01.11.2021
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kaliJawapan yang betul ialah:
1. temu duga
2. soal selidik
3. masa kini
4. kadangkala
5. ubah suai
6. acap kali
Ejaan05.04.2013
1- Penambahbaikkan atau penambahbaikan ? yang mana betul ? Bagaimanakah kaedah penambahan dua K 2- Atur cara atau aturcara ? Temuduga atau temu duga ? 3- Mohd pergi digunakan atau di gunakan ?

1. Yang betul ialah Penambahbaikan kerana kata dasar tambah baik menerima awalan Pe..an menjadi penambahbaikan.

2. Ejaan yang betul ialah atur cara dan temu duga kerana atur dan cara boleh membawa makna tersendiri.  Begitu juga dengan temu dan duga.

3. Ayat tersebut tidak lengkap, tetapi ejaan yang betul ialah digunakan.

Tatabahasa21.07.2010
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab?Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan mak­lumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyia­sat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat.

Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains.

Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. 

Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb);
Makna22.09.2013
Salam, boleh admin share perkembangan terbaru iv Perancang Bahasa DBP? Bila tarikh pengumuman keputusan iv trsebut ya? TqSalam sejahtera,

Maklum balas perjawatan

Dimaklumkan  bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya  atau simpanan atau tidak berjaya, akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.
Lain-lain16.06.2021
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012
12345

Kembali ke atas