Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ga.an] |  دوݢاءن

Definisi : 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ga.an] |  دوݢاءن

Definisi : 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dugaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anticipationjangkaan; dugaanPentadbiranTiadaTiada
divinatio/divinationsangkaanKesusasteraanTiadaDugaan yang dibuat oleh penyalin berdasarkan beberapa perbandingan yang dilakukannya.
conjectural deletionhilangan konjekturKesusasteraanTiadaDugaan yang ditinggalkan daripada sesuatu naskhah yang ditandakan dan kemudian diletakkan dalam bahagian aparatus kritikus.
contingentkontinjen (pasukan)SejarahTiada1. Kontingen: Sesuatu yang berlaku di luar dugaan atau jangkaan.,2. Kontinjen: Pasukan tentera, atau pasukan tentera laut yang dipinjamkan menjadi pasukan yang lebih besar.
deletion by conjecturepenghapusan rambangKesusasteraanTiadaPenghapusan beberapa bahagian yang dibuat oleh penyalin dalam sesebuah teks berdasarkan agakan atau dugaan.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaCerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub.
rogue programatur cara jahatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAtur cara yang tidak diketahui kewujudannya dalam sistem komputer. Atur cara ini menjalankan tindakan di luar dugaan atau kemahuan pengguna sistem komputer berkenaan. Kewujudannya pada sistem komputer berlaku akibat pemasangan suatu perisian lain yang sah atau merupakan muat beban yang disebarkan daripada kod hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan asad seperti merakamkan aktiviti pengguna tanpa kebenaran (perisian intipan), mempamerkan iklan yang tidak diingini kepada pengguna (perisian iklan), dan juga merampas modem untuk membuat panggilan jarak jauh (perampas modem).
symbollambangKesusasteraanPuisiPerkataan atau ungkapan yang membawa maksud lain daripada yang tertulis. Contohnya, gunung melambangkan cita-cita besar dan tinggi, ombak melambangkan cabaran atau dugaan hidup dan sebagainya. Sinonim simbol.
figurative languagebahasa kiasanKesusasteraanPuisiBahasa yang digunakan oleh penyair untuk mengemukakan sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung. Contohnya, 'ombak kehidupan' untuk menggambarkan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran.
flashforwardimbas depanKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada pembaca tentang apa yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan pembaca atau membolehkan pembaca menerima apa yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan. Lihat juga pemikat naratif.
12

Kembali ke atas