Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.gong] | دوݢوڠ

Definisi : sj mamalia laut yg rupanya seakan-akan paus kecil dan mempunyai kaki sirip, Dugong dugon, (babi) duyung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.gong] | دوݢوڠ

Definisi : nama sj mamalia laut yg rupanya seakan-akan paus kecil dan mempunyai kaki sirip, Dugong dugon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dugong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan kata dalam ayat berikut betul: 1. Pengunduran Li Dan dari Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Ia adalah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. 3. Bila berada di permukaan air, ia menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. 4. Dari segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan di dalam tulisan daripada di dalam pertuturan.1. Pengunduran Li Dan daripada Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei.

2. Dugong ialah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang. Perlu menggunakan nama binatang tersebut. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya)

3. Apabila berada di permukaan air, ikan itu menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang)

4. Daripada segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. (dari hanya digunakan untuk tempat dan masa)

5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan tulisan daripada pertuturan. ('Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.
Tatabahasa15.02.2013

Kembali ke atas