Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[duit] | دوءيت

Definisi : 1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa ~ berapa har­ganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb); ~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg dibayar oleh se­seorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll); b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~ (wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar; ~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam; berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya: orang ~, mewah hi­dupnya; duitan; mata ~ (orang yg) hanya me­mikirkan tentang wang, tamak akan wang: perempuan yg mata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[duit] | دوءيت

Definisi : 1 kepingan logam (drpd emas, perak, tembaga dll) yg dicap menjadi syiling, atau kertas yg dicap dgn nilainya sekali yg diterima atau yg diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu; wang: ~ saya sudah habis saya belanjakan. 2 ringgit; sen: 15 ~ 15 sen. ~ kopi a. duit yg diberikan kpd pemilik kedai (rumah dll) semasa hendak menyewa kedainya (rumahnya dll). b. = ~ suap duit yg diberikan kpd seseorang utk meluluskan dsb sesuatu. ~ luar pendapatan tambahan yg diperoleh dgn melakukan kerja-kerja lain drpd kerja rasmi. ~ pecah wang yg kecil nilainya. ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam. berduit 1 mempunyai wang; berwang: Saya tidak ~ utk membeli barang semahal itu. 2 mempunyai wang yg banyak; kaya: Kalau berkahwin dgn orang yg ~, tentulah mewah. duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak (akan) duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duit

Puisi
 

Orang Boyan balik ke Boyan,
     Bawa duit satu ringgit;
Niat hati nak getah bayan,
     Tergetahlah mari burung serindit.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk duit raya? sekeping duit raya? sesampul duit raya? satu sampul duit raya? atau tak perlu kepada penjodoh bilangan?Tidak perlu memasukkan penjodoh bilangan untuk duit raya. Duit raya dinyatakan dalam bentuk kuantiti sama ada banyak, sedikit atau seumpamanya. Tatabahasa28.08.2021
Ayat manakah betul penggunaan penanda wacana memberi contoh? 1. Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. 2. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Mohon penjelasan. Terima kasih.Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Kedua-dua ayat ini boleh digunakan.Tatabahasa29.04.2015
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu.

2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan,  merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama.

3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini!
 

4. Betul.

5. Betul.

6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan.

7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang.
 

8. Betul.

9. Betul. 

10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu.

11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. 

Tatabahasa08.08.2013
Apa beza diantara wang dan duit, contoh dalam enakmen wakaf selangor ada ditakrifkan istibdal wakaf bahawa ianya bermaksud : ((…menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih tinggi nilainya...)) maka adakah perkataan WANG di dalam takrif ini membawa maksud DUIT, atau ia lebih umum dari perkataan DUIT ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wang ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah manakala duit ialah kepingan logam (daripada emas, perak, tembaga dll.) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu.
Dalam konteks wakaf seperti yang dinyatakan dalam soalan, berkemungkinan wang yang dimaksudkan ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, dengan maksud yang lebih umum daripada maksud duit.
Makna12.05.2020
Memperkecil/Memperkecil-kecilkan nilai duit syiling.Memperkecil nilai duit syiling.Tatabahasa16.08.2013
Nak tanya, sepatutnya kita guna "berpuluh kali" ke atau "berpuluh-puluh kali" untuk menggantikan huruf X pada ayat berikut: "Sudah X mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini."Sudah berpuluh-puluh kali mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini."Tatabahasa05.10.2022
Soalan saya mengenai penggunaan "dari" dan "daripada". Berdasarkan ulasan-ulasan yang diberi oleh dbp, ayat yang betul ialah "Dia mengeluarkan duit daripada dompetnya." Tetapi, contoh ayat yang diberi oleh dbp bagi perkataan "dompet" ialah" Dia mengeluarkan duit dari dompetnya." Apakah contoh ayat itu mengandungi kesilapan? Bolehkan "dompet" dianggap sebagai sebuah tempat dari mana duit dikeluarkan? maka penggunaan "dari dompet" juga betul? Sekian, terima kasih.Berdasarkan jawapan dalam PRPM yang lalu, jawapan betul yang diberikan ialah  Dia mengeluarkan wang daripada dompet bukannya Dia mengeluarkan wang dari dompet.Tatabahasa31.08.2020
Bagaimana Kelab Sukan memastikan duit yang diperoleh dibelanjakan dengan berhemah? Tolong betulkan. Terima kasihAyat yang lebih sesuai:

Bagaimana Kelab Sukan dapat memastikan duit dibelanjakan dengan berhemah?
Lain-lain18.05.2017
Penggunaan kata pada sampul duit raya. Selamat Hari Raya atau Selamat Menyambut Hari RayaKedua-dua frasa "Selamat Hari Raya" dan "Selamat Menyambut Hari Raya" boleh digunakan pada sampul duit raya.  Tatabahasa25.03.2024
Adakah ayat ini betul? Penempaan duit syiling diperbuat di Shah Alam di Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara.Ayat yang betul ialah Duit syiling ditempa di Shah Alam, Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara.Tatabahasa15.09.2014
12345

Kembali ke atas