Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
duit rayaduit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya;Kamus Dewan Edisi Keempat
duit1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa ~ berapa har­ganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb); ~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg dibayar oleh se­seorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll); b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~ (wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar; ~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam; berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya: orang ~, mewah hi­dupnya; duitan; mata ~ (orang yg) hanya me­mikirkan tentang wang, tamak akan wang: perempuan yg mata ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sampul duitsarung drpd kertas berwarna yg digunakan utk mengisi duit yg diberikan pd hari raya, perkahwinan dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
sampulsarung (surat, bantal, dll), pem-bungkus, penyalut; ~ bantal kain pembungkus bantal; ~ buku penyalut buku (kertas, plastik, dll); ~ duit sarung drpd kertas berwarna yg digunakan utk mengisi duit yg diberikan pd hari raya, perkahwinan dsb; ~ surat sarung drpd kertas, biasanya berbentuk segi empat tepat, utk mengisi surat dsb yg hendak diposkan dsb; ~ (surat) hari pertama (Pos) sampul surat yg bersetem istimewa dan bercap tarikh keluaran hari pertama bagi memper-ingati sesuatu peristiwa; bersampul berbungkus, bersalut, bersarung; anak ~ anak yg dilahirkan berbungkus dgn kulit tipis (dianggap kebal); menyampul memasukkan ke dlm sampul, membungkus, menyalut.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyiangimencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyiang1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang mem­bersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru;Kamus Dewan Edisi Keempat
siang IIterang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang mem­bersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
petikotak bertutup yg dibuat drpd besi atau kayu. ~ besi peti drpd besi biasanya tempat menyimpan wang. ~ mati a. tempat menyimpan duit yg sukar hendak dikeluarkan duitnya. b. = ~ jenazah (mayat) peti panjang tempat meletakkan jenazah. ~ nyanyi mesin tempat memainkan piring-piring hitam. ~ sejuk (ais, air batu) alat penyejuk tempat menyimpan makanan dan minuman supaya tahan lama dll. ~ suara bahagian dlm kerongkong tempat mengeluarkan suara. ~ surat a. peti bernombor di pejabat pos tempat menerima surat dll. b. peti tempat memasukkan surat dsb yg hendak dikirim. ~ undi peti yg berkunci dan dimeterai, tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah mengundi dlm sesuatu pilihan raya dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas