Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.kun] | دوکون

Definisi : orang yg mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dgn membaca jampi serapah dsb), bomoh, pawang; ~ beranak bidan; berdukun 1. berubat dgn (cara) dukun, berbomoh, berpawang: bukan sedikit orang yg ~ dengannya; 2. bekerja sbg dukun, berbomoh, berpawang: sekarang tidak banyak lagi orang yg ~; mendukuni mengubati dgn cara berdukun: banyak juga orang yg sakit berat setelah didukuni oleh puteri itu menjadi baik; perdukunan yg mengenai atau berkaitan dgn pengubatan cara kampung atau tra­disional, yg berkaitan dgn ilmu dukun: di rantau sebelah sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau ~ sudah menjadi rempah dlm kehidupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.kun] | دوکون

Definisi : orang yg mengubati atau memberikan ubat kpd orang sakit (dgn membaca serapah dan jampi); bomoh; pawang. berdukun 1 berubat kpd dukun: Setelah penat berubat di hospital, dia mencuba ~ pula. 2 bekerja sbg dukun. mendukuni mengubati dgn cara berdukun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dukun

Puisi
 

Anak harimau di dalam dusun,
     Rusa tersepit di celah pandan;
Cari bomoh serta dukun,
     Bertambah bisa penyakit di badan.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DUKUN

DUKUN, pengamal pengubatan tradisional. Ada pelbagai jenis dukun antaranya termasuklah dukun bayi (bidan), dukun picit (bomoh urut), dukun prewangan (bomoh yang boleh menghubungi semangat), dukun jalak (mudin), dukun wiwit (pawang yang pakar dalam upacara menuai), dukun temanten (pawang yang arif dalam upacara berhubung dengan perkahwinan), dukun petungan (dukun yang mahir dalam hal ramalan melalui pengiraan angka), dukun sihir dan dukun susuk.

BUDAYAKonsep
SITTING BULL

Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan

pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux

yang terkenal. Banyak orang yang menyangka

bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam

pertempuran Little Bighorn di Montana pada

25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan

Kolonel George Custer meninggal dunia.

Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai

dukun utama dalam persediaan menghadapi

pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya,

dia menerima visi bahawa semua musuh akan

jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876,

Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil

memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara

mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk

untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah

berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka

akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru

ini membawa kepada terhapusnya Custer dan

tenteranya.

UMUM 
DUKUNG ANAK

DUKUN ANAK (Phyllanthus niruri linn daripada famili  Euphorbiaceae), sejenis  tumbuhan herba kecil. ‘Dukung anak’ ini mungkin mendapat namanya daripada kedudukan buahnya yang terletak di bahagian belakang cabang. Tumbuhan ini tersebar luas di kawasan Tropika, dan di Malaysia, sangat mudah dijumpai di kawasan padang atau tumbuh di dalam pasu bunga. Tinggi tumbuhan dewasa kurang daripada 30 cm.

BUDAYAFlora dan Fauna
TARIAN BUBU

TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu.  Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah.  Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun.  Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini.  Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TILIK

TILIK, perbuatan merenung, meramal atau menelah sesuatu yang sudah atau akan terjadi sama ada peristiwa, penyakit atau nasib. Tilik banyak dikuasai oleh bomoh, dukun atau pawang. Bagaimanapun, cara menilik berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya tukang tilik menggunakan tapak tangan untuk menilik. Daripada garis-garis tapak tangan, seseorang tukang tilik boleh mengetahui nasib rezekinya, kedudukan pekerjaannya, jodoh pertemuan, kebahagiaan rumah tangga, kedudukannya dalam masyarakat dan juga penyakit. Daripada tapak tangan juga, tukang tilik dapat melihat apa yang sudah dialami oleh seseorang, penyakit yang pernah dihadapi dan kejadian penting yang tidak terlupakan sehingga menghantui seseorang itu.

BUDAYAKonsep
MAIN PETERIMAIN PETERI, suatu cara pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Terengganu. Sesetengah masyarakat Melayu percaya bahawa ada penyakit yang disebabkan oleh semangat dan kuasa ghaib dan memerlukan bomoh atau dukun untuk mengubatinya.BUDAYAKepercayaan
TUAI BURUNG

TUAI BURUNG, tukang tilik dalam masyarakat Iban. Tuai burung bijak mentafsir petanda berasaskan peristiwa semula jadi, terutama sekali tingkah laku burung dan binatang lain. Biasanya, tuai burung ialah seorang lelaki yang sudah berumur dan berpengaruh dalam sebuah rumah panjang. Tuai burung sama penting dengan tuai rumah dan lebih diutamakan daripada dukun dan lemambang.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas