Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.kung] | دوکوڠ

Definisi : ; kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll); berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet ber­pegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi; mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan se­belah tangan lagi diletakkan di bawah ke­tiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. meng­gendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegak­kan, dsb): bahawa­sanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hen­dak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masya­rakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita men­daulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. mem­bantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. menge­mukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang ke­kenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, be­lakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, per­tolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia; pendukung 1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.kung] | دوکوڠ

Definisi : ; ~ anak sj tumbuhan (pokok), amin buah, rami buah, turi hutan, Phyllantus niruri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.kung] | دوکوڠ

Definisi : ; kain ~ kain utk mengendong anak. berdukung duduk bercelapak di pinggang atau di belakang orang: Budak itu tidak mahu berjalan kerana ia hendak ~. mendukung 1 membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2 mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum. dukungan 1 sesuatu yg didukung: Dia meletakkan ~nya lalu berehat sebentar. 2 tempat mendukung pd tubuh (spt pinggang atau belakang): Bayi itu terlena di atas ~nya. pendukung 1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dukung

Puisi
 

Dukung anak dari Melaka,
     Disambar jin di tepi kolam;
Intan terletak gunung permata,
     Cahaya melimpah serata alam.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong'

Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Sinonim kata potong =   kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Istilah05.04.2009
Boleh saya mendapat menerangkan mengenai Kata Terbitan Imbuhan Pinjaman Awalan dan Akhiran. Terima Kasih.....

Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat satau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Misalnya, dalam bahasa Melayu mendukung (men+dukung),dipukul (di+pukul). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 53.

Tatabahasa30.09.2008
Salam, apakah kata kerja yang sesuai untuk perbuatan ibu/bapa yang meletakkan/mendudukkan anak di belakang leher (biasanya untuk menyaksikan sesuatu pertunjukan di celah-celah orang ramai)Mengikut Kamus Dewan, kata “tanggung” ada antara maknanya ‘membawa di atas bahu barang dan lain-lain yang berat-berat’. Kata ‘bawa’ boleh bersinonim dengan perkataan berikut mengikut konteks penggunaan - angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usungIstilah20.02.2014
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini.

Encik Kamal,

Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; men­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~.

Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku.

Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. 

Kamus Dewan Edisi Empat
  
Makna13.06.2010
apakah beza mendokong dan menyokongUntuk rujukan pantas, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my/

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020), tiada kata terbitan mendokong dalam bahasa Melayu. Dokong ialah 1 pokok sederhana tinggi yang ditanam untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan; Lansium domesticum; 2 buah pokok ini yang agak kecil seperti duku langsat, tetapi kulitnya lebih tebal, rasanya lebih manis, dan kebanyakannya tiada berbiji.

Kata mendukung pula bermaksud:
1 membawa atau memegang (bayi, anak, kucing dll) dgn cara meletakkannya pada bahagian atas badan sambil mengampunya dgn tangan. 
2 mengikut dan mengamalkan (falsafah, teori dsb) untuk dijadikan pegangan.
3 memberikan sokongan terhadap (sesuatu dasar, pertubuhan dll) dengan menyumbangkan segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan atau menjayakan sesuatu yang dijalankan.
4 kiasan memikul tanggungjawab dan berusaha gigih untuk menjadikan (cabaran, cita-cita dsb) sebagai satu kenyataan demi memenuhi hasrat sendiri atau sesuatu pihak. 
5 memainkan atau melakonkan (cerita, peranan dsb) dalam filem, drama, teater dsb. 
6 mengandungi (maksud, konsep, pengertian dsb) yang disampaikan melalui penggunaan kata, iklan, mesej dsb.

Kata menyokong bermaksud:
1 menahan atau menyangga (pokok, binaan dll) supaya tidak rebah, tidak patah dsb.
2 memberikan semangat atau dorongan melalui kata-kata atau perbuatan kepada (seseorang) supaya melakukan sesuatu.
3 menyetujui terhadap(tindakan, pendapat dll).

Kata mendukung merupakan kata terbitan daripada kata dukung, manakala  menyokong merupakan kata terbitan daripada kata sokong. Anda boleh memperoleh contoh penggunaan bagi kata tersebut dalam KDP.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas