Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.kung] | دوکوڠ

Definisi : ; kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll); berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet ber­pegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi; mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan se­belah tangan lagi diletakkan di bawah ke­tiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. meng­gendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegak­kan, dsb): bahawa­sanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hen­dak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masya­rakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita men­daulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. mem­bantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. menge­mukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang ke­kenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, be­lakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, per­tolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia; pendukung 1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.kung] | دوکوڠ

Definisi : ; ~ anak sj tumbuhan (pokok), amin buah, rami buah, turi hutan, Phyllantus niruri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.kung] | دوکوڠ

Definisi : ; kain ~ kain utk mengendong anak. berdukung duduk bercelapak di pinggang atau di belakang orang: Budak itu tidak mahu berjalan kerana ia hendak ~. mendukung 1 membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2 mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum. dukungan 1 sesuatu yg didukung: Dia meletakkan ~nya lalu berehat sebentar. 2 tempat mendukung pd tubuh (spt pinggang atau belakang): Bayi itu terlena di atas ~nya. pendukung 1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dukung

Puisi
 

Dukung anak dari Melaka,
     Disambar jin di tepi kolam;
Intan terletak gunung permata,
     Cahaya melimpah serata alam.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Phyllanthus amarusdukung anakHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai amin buah. Tumbuhan ini berasal dari kawasan Amerika beriklim tropika dan telah tersebar ke negara tropika lain. Dukung anak tumbuh subur di kawasan lembap dan separa terlindung. Tumbuhan ini bersaiz kecil, tumbuh tegak dan ketinggiannya sehingga 60 cm. Daunnya jenis majmuk pinat dan tulang daun tersusun berselang pada batang utama. Anak daun kecil tersusun berselang pada tulang daun. Daunnya berbentuk lonjong. Bunganya keluar dari celah anak daun di sepanjang tulang daun dan saiznya kecil berwarna hijau kekuning-kuningan. Buahnya kecil, berdiameter lebih kurang 2 mm, berwarna hijau dan berbentuk bulat. Daun dan akar dimakan untuk mengubati cirit-birit, masalah ginjal, gonorea dan sifilis. Daun digunakan untuk merawat batuk. Daun yang telah dilumatkan disapu secara luaran untuk merawat masalah kulit. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik oleh ibu selepas bersalin dan keguguran serta untuk mengubati demam. Daunnya direbus bersama susu kambing dan diminum untuk mengubati demam kuning pada kanak-kanak.
piggybackdukungKomunikasiKorporatLihat kokko.
ecological carrying capacitydaya dukung ekologiLandskapTiadaKeupayaan sesuatu ekosistem untuk menampung bebanan atau tekanan maksimum tanpa merosakkan ekosistem berkenaan.
pick-a-bag (Phyllanthus ninuri)rumpai dukung anak (Phyllanthus ninuri)VeterinarTiadaTiada
lithotripticlitotriptikHerbaTiadaHerba yang melarutkan dan menyingkirkan batu karang dari tubuh. Contoh herba ini ialah misai kucing, dukung anak, misai jagung, pecah beling, lempung atau tempurung (Sonchus arvensis) dan parsli.
Compound pinnateMajmuk pinatPertanianTiadaDaun majmuk yang mempunyai anak daun tersusun pada satu rakis. Contohnya daun kelapa, turi, kari dan dukung anak.
pinnatepinatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun pada satu rakis. Contohnya, daun cermai (Phyllanthus acidus) dan daun dukung anak (Phyllanthus niruri).
bioactivitybioaktivitiHerbaPemiawaianInteraksi dan kesan biologi terhadap tisu dan organisma hidup. Contohnya, kesan antiradang yang dihasilkan oleh agen filantin daripada ekstrak pokok dukung anak (Phyllanthus amarus).
compound pinnatemajmuk pinatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun majmuk yang mempunyai anak daun tersusun pada satu rakis. Contohnya, daun kelapa, daun turi, daun kari dan daun dukung anak.
hepatichepatikHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk menguatkan, meningkatkan dan menggalakkan pengaliran hempedu bagi mengekalkan fungsi hati pada paras normal. Contoh herba ini ialah buah zaitun dan dukung anak.
12

Kembali ke atas