Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.li] | دولي

Definisi : 1. sl abu, debu (yg melekat pd kaki): maka hancur luluhlah segala menjadi ~; 2. bd baginda: maka D~ Yang Maha Mulia pun bertitah kpd sekalian yg hadir; 3. kaki; bercemar ~ bd pergi, berjalan; ke bawah ~ tuanku kpd baginda; mata ~ buku lali; menjunjung ~ a) menyem­bah, sujud kpd raja; b) mengerjakan perintah raja; berduli 1. sl berdebu; 2. bd pergi ke, ber­cemar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.li] | دولي

Definisi : 1 (bahasa Melayu klasik) baginda: Maka ~ Yang Maha Mulia Sultan Perak pun berangkat pulang ke istana. 2 kaki: bercemar ~ mengotorkan kaki; berjalan; berangkat; mata ~ buku lali. 3 debu; abu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, Bolehkah perkataan 'Duli-duli' digunakan untuk merujuk kepada golongan diraja (Cth: Sultan dan adiknya). Boleh berikan contoh ayat? Terima kasihDuli bermaksud baginda yang merujuk raja-raja atau sultan yang memerintah sahaja.Makna03.11.2015
Salam. Mohon bantuan. Dalam sebuah novel yang telah saya baca, ada penggunaan perkataan 'Kebawah Duli' dan 'ke bawah duli'. ia digunakan dalam dialog dan naratif. mana yang tepat, Kebawah Duli atau ke bawah duli? sekian, terima kasih.Penggunaan yang betul ialah ke bawah duliLain-lain17.01.2011
1. Salam tuan/puan. Apakah padanan dalam bahasa Melayu yang paling sesuai untuk "Their Highnesses the Rulers of the Malay States "? Setakat ini tiada lagi dalam mana-mana perundangan tetapi dalam Federal Constitution terdapat perkataan Their Royal Highnesses = Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja"? Mohon pandangan tuan/puan. 2. Apakah padanan dalam bahasa Melayu yang paling sesuai untuk "Crown"? Carian saya mendapati "Crown Agents" diterjemah sebagai Ejen Pemerintah tetapi tiada padanan untuk "Crown" sahaja. 3. Perkataan "thereby reserved" adakah bersesuai padanan bahasa Melayu dengan "diberikan maksud itu?

1.  1. Gelaran yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub dan tidak boleh diubah.  

2.  2. Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, halaman 331, crown membawa maksud mahkota dan takhta kerajaan.

3.  3. Sila nyatakan konsep atau konteks ayat menggunakan perkataan thereby reserved agar pihak kami dapat memberikan cadangan padanan yang sesuai. 

Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu untuk semakan kami.


Penyemakan dan penterjemahan03.10.2023
Pemergian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang. A Pemergian Yang Amat Mulia B Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia C Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia D Pemergian Duli Yang Teramat Mulia (munsyi, apakah jawaban yang sesuai digunakan? apakah perbezaan antara Duli Yang Teramat Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia) TKGelaran bagi Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya ada yang sama dan ada yang berbeza aantara negeri-negeri beraja. Di negeri Pahang, baginda digelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang tetapi di negeri Johor digelar Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. Oleh itu, hal ini perlu dirujuk dari satu negeri ke satu negeri atau puan boleh juga merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain06.03.2013
Dalam satu majlis yang melibatkan sultan atau istana. saya mendengar pengacara majlis menyebut ' kesudian tuanku bercemar duli ke majlis ni' Soalannya, manakah yang betul bercemar duli atau mencemar duli dalam konteks ayat di atas?Bercemar duli banyak digunakan dalam teks sastera lama yang sama maknanya dengan mencemar duli, iaitu sudi datang (perginya) - digunakan pada sultan atau raja. Kedua-dua frasa tersebut betul dan yang lazim digunakan kini ialah mencemar duli.Tatabahasa14.05.2010
Salam. Saya ingin bertanya, frasa mana yang betul: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia 3. Ke bawah Duli Yang Maha Mulia 4. Ke bawah Duli yang Maha Mulia Sekian. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia"Ejaan15.12.2016
Bagaimanakah bentuk ulang bagi gelaran yang berikut: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Duli Yang Maha Mulia 3. Duli Yang Teramat Mulia. Jawapan yang diperlukan segera. Sekian terima kasih.Jawapan yang betul ialah Duli Yang Maha Mulia atau DYMM.Lain-lain31.05.2010
Ayat yang manakah di bawah ini tepat? Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat ke Jabatan Buruh pada 6/9/2015. atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat Jabatan Buruh pada 6/9/2015.Ayat yang betul ialah "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat ke Jabatan Buruh pada 6/9/2015.".Tatabahasa19.07.2016
Baginda mencemar duli ke majils itu untuk menyampaikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan baginda. Munsyi, apakah bahasa istana untuk menggantikan ucapan dalam ayat ini. TKBahasa diraja yang bermaksud menyampaikan ucapan ialah bertitah.Tatabahasa04.07.2012
Dalam ayat yang ada di bawah, apakah ayat yang betul? 1) Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti. 2) Sultan Amir telah perkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti.

Ayat yang betul ialah “Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu.”

Tatabahasa22.12.2023
1234

Kembali ke atas