Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.nia] | دنيا

Definisi : 1. bumi dan segala yg terdapat di per­mukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, la­pangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi menge­luarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.nia] | دنيا

Definisi : 1 alam yg kita duduki ini; bumi dan segala yg terdapat di permukaannya: ~ kita ini bulat. 2 manusia yg hidup di bumi: Seluruh ~ kagum dgn pengembaraan orang-orang Amerika ke bulan. 3 lapangan; bidang: Dia lebih terkenal dlm ~ sukan drpd dlm ~ perniagaan. 4 bahagian bumi (benua, negara dll): ~ barat sekarang ini lebih maju drpd ~ timur. 5 keadaan hidup; keadaan masyarakat: ~ sekarang sudah terbalik, lelaki berambut panjang dan perempuan berambut pendek. ~ akhirat di dunia dan di akhirat. ~ luar masyarakat atau negara luar. keduniaan segala yg berkaitan dgn dunia; perihal dunia: Janganlah berkhayal dgn ~ saja. sedunia seluruh (serata) dunia; mengenai negara-negara di seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dunia

Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, Praperang Dunia Ke-2 atau pra-Perang Dunia Ke-2 @ Pascaperang Dunia ke-2 atau pasca-Perang Dunia Ke-2 yang manakah lebih tepat?Salam,

Jawapan yang betul:

1. Praperang Dunia ke-2
2. Pascaperang Dunia ke-2
Ejaan29.10.2015
Saya ingin tahu yang mana satukah yang betul yang membawa maksud 'mati' - meninggal / meninggal dunia / atau meninggalkan dunia? Adakah meninggal dunia merupakan kata majmuk atau kata kerja transitif?Penggunaan yang betul ialah meninggal dunia dan merupakan kata majmuk.Tatabahasa10.03.2020
atas dunia ini atau di atas dunia ini?Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan atas dunia atau di atas dunia kurang tepat untuk frasa tersebut kerana dunia tidak menandakan arah atau jurusan.Tatabahasa13.09.2011
Salam... Adakah "Perang dingin", "Perang saudara"", "Perang dunia pertama", dan "Perang dunia kedua" merupakan nama khas dan perlu dieja dengan huruf besar pada setiap pangkal katanya?Wassalam,

Tuan/Puan,

Peperangan yang merujuk perang khas perlu dieja dengan huruf besar seperti Perang Dingin, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Perang saudara ditulis sebagai kata nama am kerana merujuk perang saudara yang umum. Sekiranya merujuk Perang Saudara Amerika (1861-1865), baru ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa16.02.2016
Atlet Malaysia gemilang di puncak dunia.... atau Atlet Malaysia gemilang pada puncak dunia Atlet Malaysia gemilang di mata dunia.... atau Atlet Malaysia gemilang di mata dunia Manakah yang betul? di atau pada?Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah atlet Malaysia gemilang di mata dunia.Tatabahasa21.01.2021
Dia datang dari / daripada dunia yang berlainan. Dia ingin keluar dari / daripada dunia yang berdosa dan penuh dengan kegelapan. kata sendi yang manakah sesuai digunakan dalam ayat-ayat di atas? terima kasih.Dia datang daripada dunia yang berlainan. Dia ingin keluar daripada dunia yang berdosa dan penuh dengan kegelapan. Kami berpandangan kata dunia dalam konteks ayat tersebut merujuk sumber, bukan tempat yang secara fizikalnya boleh diketahui, maka kata sendi nama yang sesuai ialah daripada.Tatabahasa09.04.2014
Pada masa ini kebanyakan orang menyebut perkataan bertaraf dunia. Adakah orang lain tidak tinggal tinggal di dunia? 2. Kebanyakan orang menyebut pasca sebagai paska. Apa pendapat DBP?Bertaraf dunia bermaksud mempunyai taraf peringkat dunia, satu peringkat yang meluas, tinggi dan menyeluruh. Kata pasca disebut pasca, bukan paska. Kebanyakan orang menyebutnya sebagai paska kerana terikat dengan sebutan dalam bahasa Inggeris, c dilafazkan sebagai k.Lain-lain08.09.2007
Salam sejahtera, di dalam dunia atau dalam dunia? Bagaimana ingin membezakan "di dalam" dan "dalam"? "Hal ini demikian kerana" atau "hal ini kerana"? Mohon pencerahannya.Penggunaan kata sendi nama di dalam - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Contohnya: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. contohnya: Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 266 dan 284.Lain-lain20.12.2018
Ayat utama:Virus epidemik yang akan (menjatuhkan)imej negara di mata dunia. Ayat kedua:Virus epidemik yang akan (mengancam) imej negara di mata dunia. Ayat ketiga:Virus epidemik yang akan (memusnahkan) imej negara di mata dunia. Tuan bolehkah saya tahu akan mana satu kata yang betul?Semua contoh ayat yang diberikan mengandungi kesalahan tatabahasa.
Berikut ialah ayat yang betul:

1. Virus epidemik akan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

2. Virus epidemik akan mengancam imej negara di mata dunia.

3. Virus epidemik akan memusnahkan imej negara di mata dunia.
Lain-lain05.01.2021
Tuan Munsyi: 1.di persada dunia betul atau pada persada dunia?Mengapa?

Di persada dunia betul kerana persada bermakna tempat dan penggunaan di adalah untuk tempat.
Tatabahasa30.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas