Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ri] | دوري

Definisi : 1. bahagian tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau binatang: ~ rotan; ~ landak; ~ ikan tulang ikan; 2. ki kesusahan atau kesukaran yg dihadapi; ~ di hutan siapa pertajam prb kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya; adakah ~ dipertajam prb perselisihan tidak perlu diruncingkan lagi; bagai ~ dlm daging prb hal yg selalu menyusahkan orang; air di­minum rasa ~, nasi dimakan rasa sekam prb terlalu bersedih hati; berduri mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri drpd kawat yg tajam-tajam; berduri-duri 1. berduri banyak; 2. ki banyak rintangan (kesulitan dll); menduri 1. spt duri: tajamnya ~ landak; 2. ki menyakiti (menyusahi dll) hati: ~ hatiku melihat perangainya yg tidak senonoh; kata-kata yg ~ kata-kata yg menyakiti hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ri] | دوري

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar bedara laut, Randia fasciculata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ri] | دوري

Definisi : 1. sj ikan laut, Arius spp.; ~ otek, Arius utik; 2. sj ikan laut, Ketengus typus; 3. = ~ muncung sj ikan laut, Osteiogeneiosus militaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ri] | دوري

Definisi : 1 bahagian yg tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau pd binatang: ~ bunga ros; ~ salak; ~ landak; ~ ikan tulang ikan. 2 ki kesusahan atau kesukaran yg dihadapi. berduri ada durinya; mempunyai duri. berduri-duri 1 banyak (lebat) durinya. 2 ki banyak kesulitannya (rintangan dll). menduri spt duri: Jarinya ~ landak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duri

Puisi
 

Sakit kaki diajuk duri,
     Duri mengajuk di tengah padang;
Baiklah hati mengenang diri,
     Dirilah sudah dibuang orang.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Duri di hutan siapa pertajam.

Bermaksud :

Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Duri-duri DurjaPiee L. CUtusan Borneo17.12.1995
Duri-duri Di Sepanjang JalanKhadijah HashimBerita Minggu22.04.1984
Duri-Duri Di PerjalananRose NordinMingguan Perdana18.06.1985
Duri KehidupanAlwinan ArrawiBerita Minggu21.01.2007
Duri dalam daging-Berita Harian21.09.2006
"Duri dalam Api" meliputi serba persoalan hidupMukhtar IsmailMingguan Malaysia18.02.1973
Duri IdamanAziz KotaWarta Perdana05.05.1996
'Duri Di Kaki' satu koleksi yang menarikJaafa H. SMingguan Malaysia01.10.1972
Duri Masih Di Luar PagarRozninah Abdul AzibCitra23.03.1995
'Duri Di Kaki' satu koleksi yang menarikJaafa H. SMingguan Malaysia11.10.1972
123456

Kembali ke atas