Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ri] | دوري

Definisi : 1. bahagian tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau binatang: ~ rotan; ~ landak; ~ ikan tulang ikan; 2. ki kesusahan atau kesukaran yg dihadapi; ~ di hutan siapa pertajam prb kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya; adakah ~ dipertajam prb perselisihan tidak perlu diruncingkan lagi; bagai ~ dlm daging prb hal yg selalu menyusahkan orang; air di­minum rasa ~, nasi dimakan rasa sekam prb terlalu bersedih hati; berduri mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri drpd kawat yg tajam-tajam; berduri-duri 1. berduri banyak; 2. ki banyak rintangan (kesulitan dll); menduri 1. spt duri: tajamnya ~ landak; 2. ki menyakiti (menyusahi dll) hati: ~ hatiku melihat perangainya yg tidak senonoh; kata-kata yg ~ kata-kata yg menyakiti hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ri] | دوري

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar bedara laut, Randia fasciculata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ri] | دوري

Definisi : 1. sj ikan laut, Arius spp.; ~ otek, Arius utik; 2. sj ikan laut, Ketengus typus; 3. = ~ muncung sj ikan laut, Osteiogeneiosus militaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ri] | دوري

Definisi : 1 bahagian yg tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau pd binatang: ~ bunga ros; ~ salak; ~ landak; ~ ikan tulang ikan. 2 ki kesusahan atau kesukaran yg dihadapi. berduri ada durinya; mempunyai duri. berduri-duri 1 banyak (lebat) durinya. 2 ki banyak kesulitannya (rintangan dll). menduri spt duri: Jarinya ~ landak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duri

Puisi
 

Sakit kaki diajuk duri,
     Duri mengajuk di tengah padang;
Baiklah hati mengenang diri,
     Dirilah sudah dibuang orang.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Duri di hutan siapa pertajam.

Bermaksud :

Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
duri nanas(Mel.)duri nanas(Mel.)KesenianTiadaCorak ukiran berunsur tumbuhan berbentuk duri daun nanas.
hantu durihantu duriPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Zanthoxylum spp. daripada famili Rutaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah cengkering, dan spesies utamanya Zanthoxylum muriacanthum dan Z. rhetsa. Gubal kayu ini sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning atau coklat kekuningan. Tekstur kayu agak halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 335 hingga 675 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan sederhana keras serta ringan dan sederhana berat. Kayu ini mudah diprosese dan dikeringkan, tanpa mengalami cacat yang serius. Kayu ini digunakan untuk membuat lanta , gelegar, hulu perkakas, tongkat kayu, dan juga digunakan dalam pembuatan perabot bermutu tinggi. 1,2,3,4,5,6-heksaklorosikloheksana Lihat gamma BHC
cemental spikeduri simentumPerubatanTiadaStruktur seperti duri, akibat pengkalsifikasian fiber periodontium di sisi akar dan berterusan dengan simentum.
hatching spine/ egg busterduri tetasBiologiEntomologiDuri pada kepala mebrio serangga yang digunakan untuk memecahkan cangkerang telur semasa penetasan.
Barleria cristataLati duriPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae. Tumbuhan jenis renik yang mempunyai duri pada batang. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips-ovat dengan tulang daunnya berwarna merah. Jambak bunganya mengandungi brakta berwarna hijau. Bunganya berwarna kuning terbit di celah brakta. Batang, akar dan daunnya mengandungi polifenol. Batang juga mengandungi kalsium oksalat, asid formik, saponin dan flavonoid. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan terbiar, ladang getah serta dusun. Jus daun atau akar digunakan sebagai diaforetik dan ekpektoran. Air seduhan daun dan akar digunakan secara luaran untuk mengubati luka, bengkak, bisul, reumatisma, gigitan serangga dan ular. Bunga yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Barleria cristatalati duriHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Acanthaceae dan mempunyai duri pada batang. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips-ovat dengan tulang daunnya berwarna merah. Jambak bunganya mengandungi braktea berwarna hijau. Bunganya berwarna kuning terbit di celah braktea. Batang, akar dan daunnya mengandungi polifenol. Batang juga mengandungi kalsium oksalat, asid formik, saponin dan flavonoid. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan terbiar, ladang getah dan dusun. Jus daun atau akar digunakan sebagai diaforetik dan ekspektoran. Air seduhan daun dan akar digunakan secara luaran untuk mengubati luka, bengkak, bisul, reumatisme, gigitan serangga dan ular. Bunga yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Gmelina ellipticaduri bulangHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Verbenaceae yang dikenali juga sebagai bulangan dan bulang hutan. Duri bulang hidup liar di belukar dan tanah terbiar, terutama berhampiran pantai. Rantingnya berduri tajam. Daunnya ringkas, bersaiz kecil dan berbentuk bujur. Bunganya pada jambak rasem di hujung dahan. Kelopak bunga berbentuk loceng, bercuping empat dan berwarna kuning cerah. Buahnya kecil berbentuk hampir bulat. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk merawat sakit kepala dan mengurangkan bengkak. Daunnya juga menjadi ramuan untuk mengubati anemia, melegakan sakit gigi dan mencegah keguguran rambut. Buahnya yang pahit boleh dibuat ubat untuk merawat dropsi. Jus buahnya boleh dibuat ubat titis untuk merawat sakit telinga.
aculeusakuleusBiologiHistologi dan Sitologi1. Duri yang tumbuh pada kulit kayu, seperti duri pokok ros. 2. Cuaran menyerupai rambut (mikrotrikium), seperti pada sayap Lepidoptera. 3. Sengat.
prickle cellsel duriBiologiHistologi dan SitologiSel pada lapisan epitelium skuama berstratum, khususnya pada sel epidermis di antara lapisan basal dengan lapisan granul, yang mempunyai penghubung antara sel yang terdiri daripada fabril keratin dan berbentuk seperti duri apabila terputus.
spineduri; spinaPerikananTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas