Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.rian] | دورين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ me­nunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt men­timun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.rian] | دورين

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan berduri), Durio zibethinus. ~ belanda (eropah, mekah) nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Annona muricata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Durian dengan mentimun,
     menggolek rosak,
kena golek binasa.

Bermaksud :

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
vitamin riboflavin dalam makanan yang mencetuskan gejala se- perti keilosis glositis dan perubahan pada mata dan kornea. (UBAT) aril (aril) Bahagian lembut yang terdapat di bahagian luar sesetengah biji seperti durian dan buah pala. (BIO) arista (arista) 1. Apendaj bak bulu kejur pada sesungut sesetengah serangga Diptera. 2. Bahagian hujung bak buluh pada sesungut serangga Diptera maju. (BIO) arithmetic (aritmetik) Ilmu Cerana yang berlaku dalam tempoh yang lama, iaitu melebihi satu tahun atau satu musim tanaman. Cerana jenis ini banyak berlaku pada tumbuh-tumbuhan saka di tropika. Contohnya, cerana pada batang durian yang disebabkan oleh Phytophthora. (BIO) perfect dielectric (dielektrik sempurna) Dielektrik yang dapat membebaskan semula semua tenaga kepada sumber tenaga apabila medan elektrik tidak wujud lagi di dalamnya. (FIZ) perfect number

Kembali ke atas