Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian belanda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah nama-nama tempatan tumbuhan seperti bunga raya, bunga ros, durian belanda dan sebagainya tergolong dalam kata nama am ataupun khas? Terdapat dua jawapan berbeza berdasarkan tahun di arkib khidmat nasihat. Apabila digunakan sebagai tajuk, adakah perlu saya menggunakan ia sebagai kata nama khas? Contohnya 'Pokok Durian Belanda' atau saya masih boleh menggunakan kata nama am iaitu 'Pokok durian belanda'?Perkataan durian belanda, bunga ros, bunga raya tergolong dalam kata nama dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa08.03.2013
Pokok melaka dan meranti temak nipis, adakah huruf awalannya huruf besar atau huruf kecil jika berada di tengah ayat? Saya masih keliru dengan ejaan nama pokok terutama yang menggunakan nama negeri/negara. Begitu juga dengan durian belanda.Merujuk pangkalan data kami nama-nama pokok termasuklah meranti, meranti tembaga dan durian belanda ditulis dengan huruf kecil.Ejaan10.07.2012
Saya mohon penjelasan pihak DBP. Ceri Terengganu dieja dengan huruf besar untuk "T", mengapa buah melaka dan durian belanda dieja dengan huruf kecil? Saya rujuk kepada e-mel maklum balas kdnp kepada saya pada hari Khamis 11 Julai. Terima kasih.Merujuk pangkalan data kami di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ceri dan klik Istilah Malaysia, pelbagai ceri dieja dengan huruf kecil seperti ceri marascino, ceri hutan dan pokok ceri burung. Tidak ada ada perkataan Ceri Terengganu dalam pangkalan data kami.Ejaan12.07.2012
Salam dan selamat pagi. Apakah padanan yang bersesuaian bagi kedua-dua istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk gred durian iaitu 'musang king'? Adakah seperti berikut: - Durian Musang King (BM) - Durian of Mousang King (English) Terima kasih.

Musang king merupakan nama yang merujuk kod dan jenis durian. Maka, ejaan bagi nama durian tersebut perlu dikekalkan dengan menggunakan huruf kecil (kecuali pada permulaan ayat) seperti tumbuhan lain. Contohnya, durian belanda, lidah buaya dan periuk kera.

Ejaan10.02.2020

Kembali ke atas