Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dur.ja.na] | دورجان

Definisi : 1. jahat (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), keji: dia mendendami lelaki ~ yg telah menodai kesucian kekasihnya; melakukan (berbuat) ~ melakukan perbuatan jahat; 2. derhaka (terhadap negara, bangsa, agama, dsb): ada golongan pelampau yg ~ terhadap negara Malaysia dan cuba memecah-belah­kan rakyat berbilang bangsa di negara ini; mendurjanakan mendatangkan kesan buruk (kerugian, kerosakan, dsb): segeralah berakhir perang yg ~ ini; kedurjanaan perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian: kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah; pendurjanaan perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dur.ja.na] | دورجان

Definisi : jahat atau keji (bkn perbuatan, kelakuan dll). kedurjanaan perbuatan yg jahat (keji); sifat durjana; kejahatan; kekejian: ~ diktator itu sudah diketahui orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durjana


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Abu DurjanaAbd. Rashid NgahDewan Pelajar1 January 1982
Tamadun DurjanaKriaMinda1 October 2003
Petualang DurjanaGhafirah bt.IdrisDewan Agama & Falsafah12 January 2003
Suara Sang DurjanaNurul Afna Akma ZakariaTunas Cipta1 October 2006
Hikmat dan DurjanaMuhamad Tarmize Mohd NorDewan Sastera1 November 2007
Hikayat Menawan DurjanaHamdan YahyaDewan Sastera1 October 2004
Melukut di Kubah DurjanaDakwat FikirTunas Cipta1 February 2009

Kembali ke atas