Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dur.ja.na] | دورجان

Definisi : 1. jahat (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), keji: dia mendendami lelaki ~ yg telah menodai kesucian kekasihnya; melakukan (berbuat) ~ melakukan perbuatan jahat; 2. derhaka (terhadap negara, bangsa, agama, dsb): ada golongan pelampau yg ~ terhadap negara Malaysia dan cuba memecah-belah­kan rakyat berbilang bangsa di negara ini; mendurjanakan mendatangkan kesan buruk (kerugian, kerosakan, dsb): segeralah berakhir perang yg ~ ini; kedurjanaan perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian: kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah; pendurjanaan perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dur.ja.na] | دورجان

Definisi : jahat atau keji (bkn perbuatan, kelakuan dll). kedurjanaan perbuatan yg jahat (keji); sifat durjana; kejahatan; kekejian: ~ diktator itu sudah diketahui orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durjana


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Durjana seorang wanitaTiadaBacaria07.10.1987
Suami durjana zalimi isteriRahman ShaariBacaria01.02.1987
Konvensyen DurjanaAhmad Lotfi MokhtarBerita Minggu22.02.2004
Angkara Anak DurjanaWadiassofi JaafarHarian Watan03.12.1996
Nota Bantahan Buat Dadah DurjanaM. ArifBerita Minggu22.07.2007

Kembali ke atas