Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.sun] | دوسون

Definisi : 1. kampung yg terpencil, dukuh; orang ~ orang kampung (desa); 2. kebun buah-buahan: ~ yg sudah tua tidak lagi dapat mengeluarkan hasil yg memuaskan; berfikiran ~nya itu alam ini, belalang disangkakan helang prb orang yg terlalu sempit (terhad) pengetahuannya; jikalau kerana sebuah ~ maka binasa negeri, harus­lah ~ itu dibuangkan prb orang yg menye­babkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan; berdusun mempunyai dusun (buah-buahan); pedusunan kawasan dusun, kumpulan dusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.sun] | دوسون

Definisi : suku kaum di Sabah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.sun] | دوسون

Definisi : 1 kampung yg jauh dr pekan: Saya tinggal di ~ dekat Ulu Kelantan. 2 kebun buah-buahan: Di ~ bapa saya, ada banyak pokok durian dan pokok manggis. pedusunan kawasan atau daerah dusun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dusun

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(15)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat 1 atau 2 yg betul 1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu. 2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu.Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul.

1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu.
2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu.
Tatabahasa07.10.2015
Ayat 1 atau 2 yang betul 1. Di pinggir hutan itu terdapat dusun durian . 2. Di dalam hutan itu terdapat dusun durian.Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul.

1. Di pinggir hutan itu terdapat dusun durian .
2. Di dalam hutan itu terdapat dusun durian.
Tatabahasa29.09.2015
Pesta Menuai disambut oleh kaum Kadazan-Dusun. Adakah betul ejaan perkataan Kadazan-Dusun tersebut?Menurut data kami ejaan yang betul ialah Kadazan DusunEjaan19.05.2020
HUBUNGAN BAHASA DUSUN DENGAN BAHASA MELAYUUntuk mendapatkan maklumat tersebut, saudara perlu merujuk Jabatan Linguistik IPTA atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Lain-lain06.09.2007
Selamat sejahter, Saya inginkan kepastian tentang ejaan betul yang merujuk etnik di Sabah. Kadazan Dusun atau Kadazandusun? Saya rujuk pada khidmat nasihat DBP ialah Kadazandusun tetapi bila rujuk di PRPM, Kadazan Dusun.Salam sejahtera,

Tuan,

Ejaan yang betul dengan merujuk Kamus Dewan edisi Keempat iaitu Kadazan Dusun.
Sekian, terima kasih.
Ejaan29.01.2018
Saya ingin menerbitkan sebuah buku dalam Bahasa Dusun mengenai cerita legenda masyarakat Dusun Sabah tetapi tidak tahu cara-cara penerbitan buku. Bagaimana kah proses penerbitan dari mula sehingga buku siap untuk di pasarkan dan sila beritahu cara-cara pemasaran. Terimakasih.

DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. 

Lain-lain28.02.2008
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih.1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail.
2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu.
Tatabahasa29.06.2012
"Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail." Ayat ini bukan lebih sesuai guna perkataan"dari"?Kenapa kena guna "daripada"?Kata sendi nama daripada digunakan kerana merujuk sumber buah durian tersebut diperoleh dan bukannya merujuk tempat secara fizikal.Tatabahasa03.07.2012
Terima kasih atas jawapaan yang diberi tentang ejaan Kadazan Dusun. Cuma kenapa bila saya semak pada khidmat nasihat DBP, ejaan yang betul ialah Kadazandusun?. Rujuk lampiran. Ejaan kadazandudun ini juga digunakan dalam buku teks Sejarah tingkatan 2 KSSM yang diterbitkan oleh DBP untuk KPM. Mohon minta penjelasan atas kekeliruan ini.Maaf atas kesilapan tersebut. Ejaan yang betul ialah Kadazandusun seperti yang terdapat dalam data khidmat nasihat DBP dan telah digunakan dengan meluas dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2 KSSM.Ejaan30.01.2018
Salam sejahtera. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan sinuangga. Pakaian tradisional Kadazan Dusun yang dipakai seaktu perayaan Kaamatan. Adakah betul ejaannya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.Dalam data kami, tiada ejaan untuk sinuangga. Walau bagaimanapun, carian melalui Internet mendapati ejaan sinuangga telah banyak diguna pakai dan boleh digunakan.Ejaan15.06.2020
123

Kembali ke atas