Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.yung] | دويوڠ

Definisi : = babi ~ sj binatang laut, Dugong dugon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.yung] | دويوڠ

Definisi : ; angin ekor ~ angin yg tidak tetap arah tiupannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.yung] | دويوڠ

Definisi : wanita yg kononnya berbadan separuh manusia dan separuh ikan (bahagian ekor) dan tinggal di laut; air mata (minyak tangis) ~ ark air yg dipercayai boleh dibuat ubat pengasih (guna-guna); minyak ~, pe­rendang ~ prb melawan guru dgn ilmunya atau menghabiskan harta tuan atau ibu bapa­nya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.yung] | دويوڠ

Definisi : = ikan (babi) ~ nama sj ikan laut, Halicora dugong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duyung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Circulation and counter narrative In the Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah was born in Sungai Duyung and later, with his parents moved to Bentan, before being taken into service by the Sultan of Malacca. The exact location of Sungai Duyung is not stated in the Hikayat. There are many different claims to the possible location of Sungai Duyung, ranging from in Malacca, Riau, Tereng- ganu and Palembang (Muhammad Haji Salleh 2013. The most popular story of origin in Malaysia is that Hang Tuah was born in a Malay village called Sungai Duyong located in what is now the Central Malacca District. There is an ancient well in the village said to be dug by Hang Tuah, and more recently a heritage complex named the Hang Tuah Centre was built to further affirm Malacca’s claim to Hang Tuah’s birthplace.Piahk kami memohon maaf kerana tidak memahami apakah soalan yang ingin ditanyakan.
Untuk makluman juga, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan.
Lain-lain15.09.2016
Mana pilihan yang sesuai Para penonton (berasak-asak atau berduyung-duyung)ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan SelangorMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), manakala berduyun-duyun (bukan berduyung-duyung) pula bermaksud beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong (datang, pergi dan sebagainya). Oleh itu dalam contoh ayat di atas, kedua-dua perkataan berasak-asak dan berduyun-duyun boleh digunakan dengan membawa maksud yang berbeza.Makna09.02.2009
Salam, Saya Hanifah binti Sabin. Saya telah melakukan pembaikan pada manuskrip novel bertajuk Bukan Noktah Puteri Duyung sebagaimana yang dicadangkan editor. Saya telah menghantar kembali kepada editor pada 11 Mac 2019. Sehingga kini saya belum mendapat maklum balas mengenai perkembangan manuslrip BNPD tersebut.
Tuan,


Berkenaan pertanyaan tuan, dimaklumkan bahawa editor yang menangani manuskrip Noktah Puteri Duyung akan menghubungi tuan berkenaan satus manuskrip tersebut.
Lain-lain09.06.2020
Saya Muhammad Hakim bin Rosly, pelajar Ph.D, ingin memohon pengesahan penggunaan perkataan yang betul dalam bahasa Melayu. Saya telah menghantar soalan saya menerusi Laman Web Khidmat nasihat DBP, tetapi proses penghantaran maklumat mengalami masalah teknikal/error dalam laman web DBP. Soalan saya sangat ringkas iaitu: Bolehkah saya menggunakan perkataan "Penampakan" dalam bahasa Melayu? contohnya dalam ayat ini: "Penampakan ikan duyung/lembaga misteri di Sungai Pahang". Ini kerana saya tidak menemui perkataan "Penampakan" dalam kamus DBP online dan saya berpendapat perkataan ini lebih mirip kepada bahasa Indonesia. Adakah bahasa Melayu mempunyai beberapa sinonim untuk perkataan tersebut? Terima kasih.

"Penampakan" boleh digunakan dalam bahasa Melayu. "Penampakan" membawa maksud perbuatan memperlihatkan sesuatu. (Kamus Dewan Perdana)  Berikut ialah beberapa perkataan sinonim dengan penampakan – “pemunculan”, “penjelmaan”.

Lain-lain06.01.2022

Kembali ke atas