Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.yung] | دويوڠ

Definisi : = babi ~ sj binatang laut, Dugong dugon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.yung] | دويوڠ

Definisi : ; angin ekor ~ angin yg tidak tetap arah tiupannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.yung] | دويوڠ

Definisi : wanita yg kononnya berbadan separuh manusia dan separuh ikan (bahagian ekor) dan tinggal di laut; air mata (minyak tangis) ~ ark air yg dipercayai boleh dibuat ubat pengasih (guna-guna); minyak ~, pe­rendang ~ prb melawan guru dgn ilmunya atau menghabiskan harta tuan atau ibu bapa­nya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.yung] | دويوڠ

Definisi : = ikan (babi) ~ nama sj ikan laut, Halicora dugong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duyung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sea cowduyungPerikananTiadaTiada
mermaid floatapung duyung (Sukan Air)PendidikanTiadaTiada
mermaid floatapung duyung (Sukan Air)SukanTiadaTiada
dolphin kicktendang duyungSukanTiadaKeadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus dalam gaya kupu-kupu. Sinonim: butterfly kick
CapricornusCapricornus/Jadi (Kambing duyung)MatematikTiadaBuruj zodiak hemisfera selatan yang berhampiran dengan Sagittarius. Bintang tercerah terdiri daripada bintang magnitud ketiga.
kick boardpapan tendangSukanTiadaPapan latihan untuk tendangan kaki, seperti tendang katak, tendang duyung dan sebagainya.
butterfly startmula gaya kupu-kupuSukanTiadaPermulaan gaya kupu-kupu. Selepas melonjak ke dalam air, perenang dibenarkan membuat tendang duyung dan satu kuak tangan sebelum timbul ke permukaan air.
bestiarybestiariKesusasteraanTiadaKarya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memiliki sifat manusia. Antara yang terkenal ialah kisah tentang kuda terbang, ikan duyung dan garuda.

Kembali ke atas