Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dwi.ba.ha.sa] | دويبهاس

Definisi : 1. yg ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: majalah ‘Reader’s Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya; kamus ~; 2. boleh bertutur dlm dua bahasa (biasanya dgn darjah kefasihan yg sama): kebanyakan orang Malaysia ~; berdwibahasa menggunakan dua bahasa: kebanyakan mereka ~ di rumah dan di asrama; kita perlu ~ jika mahu menjadi bangsa yg maju; mendwibahasakan membuat (menyusun, meng­­­­­­­­­­­hasilkan dsb) sesuatu penerbitan (buku, risalah dsb) dlm dua bahasa: tindakan sedang diambil utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan; kedwibahasaan 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, bilingualisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dwi.ba.ha.sa] | دويبهاس

Definisi : 1 ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: Majalah ‘Readers’ Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya. 2 boleh bertutur dlm dua bahasa dgn baik: Kebanyakan orang Malaysia ~. mendwibahasakan membuat, menyusun atau menghasilkan sesuatu terbitan (buku, majalah dsb) dlm dua bahasa: Usaha sedang dijalankan utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan. kedwibahasaan 1 sifat atau keadaan wujud dlm dwibahasa: ~nyalah yg menyebabkan kamus tsb laris dijual. 2 sifat atau keadaan dpt bertutur dlm dua bahasa dgn baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dwibahasa


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dwibahasa dan masalah-masalah dialek sosial di dalam sintaksis bahasaMalaysiaMashudi Haji KaderDewan Bahasa1 June 1984
Penerbitan dwibahasa meluaskan khalayakArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 April 2009
Kamus pelajar (dwibahasa)Lufti AbasPelita Bahasa1 August 1992
Perkembangan kamus dwibahasa sehingga abad ke-20Ibrahim AhmadPelita Bahasa1 October 1992
Pembinaan masyarakat dwibahasa di negara kita: cabaran dan kepentinganmewujudkannyaDaniel Jebon JanaunJurnal Dewan Bahasa1 January 1995
Masalah penguasaan dwibahasa di kalangan masyarakat dan kaitannyadengan krisis intelektualDaniel Jebon JanaunJurnal Dewan Bahasa1 March 1995
Beberapa segi dwibahasa di-IndonesiaKridalaksana, HarimurtiDewan Bahasa1 February 1969
Satu kes pendidikan dwibahasaTan Yao SuaPEMIKIR1 April 2006
Wacana dalam masyarakat dwibahasa : penukaran kod dalam interaksiNoor Aina DaniMonograf Bahasa,Sastera dan Budaya Melayu1 November 1999
Kemanusiaan di sebalik penciptaan kamus* dwibahasa Inggeris-Melayu[diwawancara oleh Yeop Johari]Mussen, RuthDewan Bahasa1 July 1978
12

Kembali ke atas