Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dwi.ba.ha.sa] | دويبهاس

Definisi : 1. yg ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: majalah ‘Reader’s Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya; kamus ~; 2. boleh bertutur dlm dua bahasa (biasanya dgn darjah kefasihan yg sama): kebanyakan orang Malaysia ~; berdwibahasa menggunakan dua bahasa: kebanyakan mereka ~ di rumah dan di asrama; kita perlu ~ jika mahu menjadi bangsa yg maju; mendwibahasakan membuat (menyusun, meng­­­­­­­­­­­hasilkan dsb) sesuatu penerbitan (buku, risalah dsb) dlm dua bahasa: tindakan sedang diambil utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan; kedwibahasaan 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, bilingualisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dwi.ba.ha.sa] | دويبهاس

Definisi : 1 ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: Majalah ‘Readers’ Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya. 2 boleh bertutur dlm dua bahasa dgn baik: Kebanyakan orang Malaysia ~. mendwibahasakan membuat, menyusun atau menghasilkan sesuatu terbitan (buku, majalah dsb) dlm dua bahasa: Usaha sedang dijalankan utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan. kedwibahasaan 1 sifat atau keadaan wujud dlm dwibahasa: ~nyalah yg menyebabkan kamus tsb laris dijual. 2 sifat atau keadaan dpt bertutur dlm dua bahasa dgn baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dwibahasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa kamus terbaru, Ekabahasa dan Dwibahasa keluaran DBP?Kamus terbaru ekabahasa ialah Kamus Dewan Edisi ke-4, dan Kamus Dwibahasa ialah Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu DBP.Lain-lain26.02.2009
maksud dwibahasa yg pihak DBP maksudkan,adakah spr di bawah:- 1. wiring 2. aircond 3. tinted 4. accessoriesTerjemahan yang dicadangkan ialah:
1. Wiring - Pendawaian
2. Aircond - Penyaman Udara
3. Tinted - Filem Penapis Haba
4. Accessories - Aksesori
Penyemakan dan penterjemahan22.05.2017
Adakah kamus dwibahasa Inggeris-Melayu masih disenaraikan di dalam perkhidmatan elektronik DBP? Pautan ke perkhidmatan tersebut tidak lagi saya ketemui sejak laman DBP telah diperbaharui sejak kebelakangan ini. Fez.

tuan boleh menggunakan alamat berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan kamus elektronik. Alamatnya ialah:

www.karyanet.com.my   .Portal ini ialah meyediakan bahan rujukan elektronik dalam talian iaitu istilah, kamus, daftar ejaan dan lain-lain lagi. Terima kasih kerana menggunakan bahan terbitan DBP.

Lain-lain27.01.2008
Apakah beza dan peranan bagi kamus-kamus ini: 1) Kamus Dewan (edisi ke-4) 2) Kamus Dwibahasa (edisi tahun 2001 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) c) Kamus (dwibahasa) Inggeris-Melayu Dewan (edisi 2002 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) Adakah dari segi nama? atau pengguna? dsb? Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kamus ekabahasa(satu bahasa), kata masukan dan huraian dalam bahasa Melayu. Kamus Dwibahasa dan Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah kamus dwibahasa(dua bahasa), kata masukan dalam bahasa Inggeris dan huraian dalam bahasa Melayu.   Lain-lain13.02.2008
maksud pemilihan bahasa,dwibahasa, domain dan masyarakat mengikut kamus dewan.Kamus Dewan menakrifkan dwibahasa sebagai ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa, domain bermaksud kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan dan masyarakat bermaksud sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara dan peraturan tertentu.Makna11.10.2010
contoh ayat yang menggunakan ayat 'dwibahasa'Contoh ayat: Mereka ditugaskan me­nyusun kamus dwibahasa.Tatabahasa17.03.2010
Salam, saya ingin mengetahui maksud istilah dwibahasa dan dimana saya boleh mendapatkan maklumat tentang istilah tersebut? Terima Kasih.Dwibahasa bermaksud yang ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa.Tatabahasa27.03.2011
Jumlah kamus yang diterbitkan oleh DBP dan tahun penerbitan

Dua kamus ekabahasa, iaitu Kamus Pelajar Edisi Terkini(2008) dan Kamus Dewan Edisi Keempat(2005). Kamus dwibahasa, iaitu Kamus Inggeris Melayu Dewan( 1992) dan Kamus Dwibahasa, Bahasa Inggeris -Bahasa Melayu. Selain itu DBP ada menerbitkan kamus istilah pelbagai bidang yang boleh diperoleh di Kedai Buku Koperasi DBP, Menara DBP, KL.    

Lain-lain05.02.2009
Sekiranya papan iklan hanya menggunakan bahasa Inggeris tetapi pihak DBKL mohon dihantar kelulusan DBP, perlukan menggunakan dwibahasa. Gambar dilampirkan untuk rujukan tuan.Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyemak iklan dalam bahasa Inggeris sahaja. Oleh itu, sila berikan padanan bahasa Melayu bagi setiap perkataan bahasa Inggeris (dwibahasa) yang terdapat pada iklan tersebut.Lain-lain05.02.2021
Assalammualaikum, Boleh terangkan apa maksud ayat diabawah? Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris)Waalaikumussalam...
Maksud ayat tersebut ialah sekiranya tuan/puan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris dan tidak mahu tukar ke dalam bahasa Melayu, tuan/puan perlu membuat dwibahasa bagi perkataan bahasa Inggeris tersebut.

Contohnya perkataan WESTERN FOOD
Terjemahannya ialah MAKANAN BARAT

Lain-lain05.04.2017
12345678910

Kembali ke atas