Sekiranya perkataan e-mel digunakan di permulaan ayat, bagaimana ia sepatutnya ditulis . Adakah sebagai E-mel, e-Mel atau e-mel? | Ejaan e-mel di pangkal ayat hendaklah ditulis dengan huruf besar di pangkal huruf, E-mel. | Ejaan | 22.11.2013 |
Sila ingin menyemak ejaan serta sahkan perkataan bagi permohonan sign board di Majlis Daerah Johor Baharu Sila rujuk lampiran | & = dan E-Mel = E-mel Sila buat pembetulan dan masuk ke ruangan khidmat Pengesahan Iklan untuk sijil kelulusan. | Tatabahasa | 13.02.2013 |
ejaan yang betul untuk e-mel atau emel? contoh penggunaan dalam ayat . Borang ini boleh dihantar ke bahagian ini melalui e-mel .. dan contoh. (NOR AIN OMAR) Tel : Faks : E-mel : adakah, contoh yang diberikan ini betul? | Ejaan yang betul ialah "e-mel" dan kata terbitan yang ada ialah "meng-e-melkan", "di-e-melkan" dan "e-melkan". | Ejaan | 03.03.2022 |
Adakah "sepucuk e-mel" dalam penjodoh bilangan? Sebab saya keliru dalam masalah ini. | Teuh, untuk e-mel yang telah dicetak kita boleh gunakan sepucuk manakala yang dipaparkan sahaja kita katakan paparan e-mel | Tatabahasa | 12.08.2010 |
Manakah antara berikut ayat yang betul? 1. Hantarkan soalan anda ke e-mel ini 2. Hantarkan soalan anda kepada e-mel ini | Ayat yang betul ialah "Hantarkan soalan anda melalui e-mel ini". | Tatabahasa | 01.03.2023 |
Salam Satu Malaysia, Berikut merupakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang digabungkan.Tolong semak. 1.a)Hani menghantar e-mel kepada nenek.(dan) b)Hani menghantar e-mel kepada datuk. Hani menghantar e-mel kepada nenek dan kepada datuk? (adakah kata sendi 'kepada' datuk perlu digugurkan seperti kata sendi 'di"? 2. a)Semua komputer ada papan kekunci.(tetapi) b)Tidak semua komputer ada pad sentuh. Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh.(perlukah perkataan 'komputer' digugurkan selepas tidak semua? Sekian, terima kasih. | 1. Ayat yang gramatis ialah Hani menghantar e-mel kepada nenek dan datuk dan Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh. | Tatabahasa | 20.10.2016 |
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih. | Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu.
| Ejaan | 14.07.2021 |
Assalamualaikum. Saya ingin menyertai sayembara pemulisan mastera tersebut tetapi e-mel yang diberi ibarat tak berfungsi kerana sistem beberapa kali gagal menerima penyertaan saya. | Salam puan budiman, Untuk makluman pihak puan, e-mel Mastera telah diaktifkan, dan pihak urus setia telah menerima beberapa penyertaan melalui e-mel mastera@dbp.gov.my, Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:Puan Roslida binti Mustapha melalui talian telefon: 03-2147 9126 Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan untuk makluman selanjutnya. Sekian, Terima kasih.
| Lain-lain | 01.01.2020 |
Assalamualaikum... Perkataan e-mel. tergolong dalam bentuk kata tunggal atau kata majmuk? | e-mel merupakan kata majmuk. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
1)hak milik 2)e-mel | 1)hak milik 2)e-mel | Ejaan | 09.09.2011 |