Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata edisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud bagi : buku edisi baharu: buku edisi kedua buku edisi semakanSila nyatakan pertanyaan dengan jelasLain-lain12.10.2020
Fareha Fuzi SAB 3.10 PTG Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu, buku Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi yang terbaru edisi yang ke berapa ya?Waalaikumusalam Puan Fareha Fuzi, Untuk makluman puan, Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi terbaru ialah Edisi Kedua terbitan tahun 2005. Harap maklum, terima kasih.Lain-lain20.05.2017
"Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat." Bagaimana boleh saya dapatkan senarai untuk semua penambahan-penambahan dan perubahan-perubahan tersebut?Sila buat surat rasmi kepada Bahagian Perkamusan untuk urusan tersebut.Lain-lain09.02.2018
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi "perdagangan" di muka surat berapa ya? Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, definisi "pembelian" dan "atas talian" di muka surat berapa ya? Terima kasih1. Definisi bagi kata perdagangan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah pada halaman 301.
2. Definisi bagi kata pembelian dalam Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua ialah pada halaman 78.

Untuk keterangan mengenai kata yang lebih lengkap, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna19.03.2024
Saya ingin bertanya berkenaan format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh, edisi pertama, january 2020, kemaskini julai 2020 ada spesifik format tak?Salam,

Format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh

Berhubung dengan soalan yang diajukan tersebut, pihak kami memerlukan penerangan lanjut tentang soalan yang diajukan. Oleh itu, mohon kerjasama pihak puan untuk mengajukan soalan tersebut kepada:

Encik Mohd Rusdi bin Abd Rahman,
Bahagian Buku Umum,
03-2147 9430
rar@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.07.2020
merujuk kepada kamus dewan edisi kedua: [riang] | رياڠ Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Adakah riang-riang boleh disingkatkan kepada reriang? [re.riang] | ررياڠ Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Reriang I Definisi : riang-riang (sj serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Reriang I Definisi : riang-riang (sj tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Soalan kedua: Patung-patung = Dragonfly? Sepatung = Dragonfly? Pepatung = Dragonfly?1. Perkataan reriang boleh digunakan.

2. Padanan bahasa Melayu bagi dragonfly ialah pepatung atau patung-patung.
Tatabahasa24.09.2017
Fareha Fuzi SAB 3.09 PTG Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu, buku Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi yang terbaru edisi yang ke berapa ya?Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 untuk pertanyaan tentang buku dan perkhidmatan yang berkaitan.Lain-lain20.05.2017
Dekat mana saya boleh dapatkan info mengenai perubahan morfologi kata antara Kamus Dewan Edisi ke-3 dan ke-4? Terima Kasih.

Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat.

 

Lain-lain08.02.2018
Saya ingin membeli buku Tatabahasa Dewan Edisi terkini dan Buku Daftar RUmi Bahasa Melayu Edisi terkiniSalam sejahtera,

MENDAPATKAN BUKU TERBITAN DBP

 

Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih

Lain-lain03.03.2020
Selamat Sejahtera, bolehkah saya mendapatkan maklutmat berikut berkaitan dengan Kamus Dewan Edisi Ke-1 hingga Ke-4 1) Bilangan Entri 2) Sistem Ejaan Sekian Terima Kasih1. Bilangan Entri Kamus:
  • Kamus Dewan (1970) - 68157 entri/subentri
  • Kamus Dewan (1984) - 69057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - 71057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - 77057 entri/subentri 
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 82900 entri/subentri

2. Sistem Ejaan:
  • Kamus Dewan (1970) - sistem ejaan Rumi lama
  • Kamus Dewan (1984) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Melayu sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - Sistem Ejaan Rumi berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (2001)
3. Terbitan terkini:
  • Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) - 120 000 entri/subentri yang berpandukan Sistem Ejaan Rumi, Pedoman Umum Ejaan Jawi dan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terkandung di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008, 2016), dan memanfaatkan data korpus dalam penyusunan entrinya.
Lain-lain08.03.2022
12345678910...

Kembali ke atas