Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.di.tor] | ايديتور

Definisi : (éditor) orang yg memperbaik (memperkemas) dan menyediakan karangan (makalah, buku, dsb) utk dicetak, penyunting, pengedit: mereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan pembaca; ~ kopi editor yg menyunting manuskrip dr segi ketepatan dan keselar (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.di.tor] | ايديتور

Definisi : /éditor/ orang yg mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata editor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian.

Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan  Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin  merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin  mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia.

2. Editor- Mengetuai  operasi penerbitan  buletin , seperti memastikan makalah  siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan  membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif   pada makalah tersebut.

3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi  tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor.

4. Editor Pengeluaran - Membuat  kerja rekabentuk buletin  seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf .

 

 

 

 

 

Lain-lain27.09.2010
Saya ingin mengetahui tentang tugas, peranan dan tanggungjawab seorang editor di dalam sesebuah penerbitan

Saudara,

            Dalam sesebuah penerbit, tugas, peranan dan tanggungjawab seseorang editor itu bergantung pada kerja yang dilakukan oleh mereka. Maksudnya, editor itu sendiri terdiri daripada beberapa kategori, contohnya, Ketua EditorEditor Kanan, Editor Perolehan, Editor Substantif, Editor Kopi/Naskhah dan Editor Pengeluaran. Peranan mereka bergantung pada kerja yang dilakukan seperti yang berikut:

             (i)   Ketua Editor akan mengetuai kumpulan editor dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perancangan penerbitan dan belanjawan tahunan secara keseluruhan.

             (ii)  Editor Kanan pula akan membantu Ketua Editor menjayakan kerja penerbitan dan mengawasi editor lain di bawaha pengawalannya.  

             (iii)  Editor Perolehan akan bertanggungjawab merancang penulisan judul baharu, mengenal pasti penulis, menguruskan perjanjian dengan penulis, menilai mutu manuskrip, mencadangkan cetak semula judul yang ada, meramal jualan, membuat anggaran kos perbelanjaan, membuat laporan cadangan projek dan menganggarkan jumlah cetakan dan harga jualan.

             (iv)  Editor Substantif ialah editor yang bertanggungjawab terhadap isi kandungan dan keseluruhan bentuk, susunan dan konsep buku. Tugasnya ialah menumpukan perhatian kepada perincian kandungan (memeriksa fakta) dan gaya persembahan daripada baris ke baris, perenggan ke perenggan dan halaman ke halaman.  

             (v)   Editor Kopi/Naskhah pula bertanggungjawab terhadap penyediaan manuskrip untuk ke bahagian pengeluaran. Tugas mereka ialah menyunting manuskrip daripada setiap ayat demi ayat, baris demi baris dan perenggan demi perenggan. Seterusnya memerikasa fakta dengan pakar bidang, membetulkan tatabahasa, ejaan, dan tanda baca, meneliti keselarasan dan gaya persembahan dan akhirnya membuat penandaan manuskrip untuk diatur huruf. 

              (vi)   Editor Pengeluaran akan memastikan kerja atur huruf, semakan pruf dan Naskhah Sedia Kamera(NSK) serta penetapan harga dilakukan sebelum judul dicetak.  

 

Diharap maklumat ini dapat membantu saudara. Hubungi saya di talian 03-21481532 atau e-mel kamsiah@dbp.gov.my untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Teriama kasih. 

Lain-lain25.10.2010
Adakah "honoray editor" sesuai diterjemah sebagai "editor kehormat"? Terima kasih.Ya betul. Padanan yang sesuai ialah Editor KehormatLain-lain18.09.2017
Saya ingin mendapatkan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkatan Executive Editor.Padanan Executive Editor dalam bahasa Melayu ialah Editor Eksekutif.Penyemakan dan penterjemahan05.05.2015
salam sejahtera, baru baru ini saya ada menghantar beberapa sajak kepada editor DBP. saya hanya ingin mengetahui adakah sajak saya diterima oleh pihak DBP. Alamat yang saya tulis ada sedikit kesilapan iaitu (No 70, Jalan Bunga Pekan 4, 42700 Banting, Selangor)Mohon maaf, saudara tidak memberitahu sajak itu dihantar kepada siapa, cuma editor DBP, kerana di DBP ada ramai editor, adakah editor majalah atau editor buku sastera, atau umum sahaja, maksudnya editor DBP sahaja.  Jika sajak tersebut dihantar melalui pos dengan alamat editor DBP sahaja, agak sukarlah untuk kami mengesan sajak tersebut.  Cara terbaik, saudara boleh menghantar semula sajak tersebut kepada Editor Majalah Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekira sajak itu mahu dimuatkan dalam majalah, tetapi jika mahu diterbitkan dalam bentuk buku, saudara boleh menghantarnya semula kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain01.02.2009
skop tugas seorang editor.

Tugas Editor Secara Umumnya:

1. Membuat penilaian manuskrip

2. Mempewraku buku/manuskrip untuk diterbitkan

3. Membuat penyuntingan Substantif dan penyuntingan kopi

4. Membuat penyediaan bahan lengkap Naskhah Sedia Kamera (NSK/CRC)

5. Menyediakan perwajahan buku

6. Memantau bahan siap dicetak dan terbit serta jual.

Selengkapnya perlu menhadiri kursus atau sangkutan mana-mana penerbit berwibawa

Lain-lain23.10.2009
Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ?Editor Majalah Pelita Bahasa ialah Norazlenda Abd. Hadi dan beliau boleh dihubungi melalui alamat e-mel nazlenda@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat mengenai majalah Tunas Cipta sila hubungi editor Abdul Ghani Abu melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my.Lain-lain08.06.2012
Abdul Hakam JUN 24TH, 3:02PM Assalammualikum. Boleh saya dapatkan emel editor Majalah Dewan Tamadun Islam?Sila hubungi Ketua Editor Encik Azmi Ibrahim melalui e-mel azmi@dbp.gov.my atau Timbalan Ketua Editor Encik Mohd Salahuddin Muhamad melalui e-mel al-fatih@dbp.gov.myLain-lain24.06.2016
Saya selongkar dbp.gov.my untuk mencari alamat email editor semua majalah DBP, tetapi gagal ditemui. Sukacita jika tuan / puan dapat emailkan saya alamat semua editor majalah DBP. Terimakasih. Noordin

Tuan boleh menghubungi editor melalui e-mel yang berikut :

1. Dewan Masyarakat - Mohd Shukri Mohd Arif -shukri_m@dbp.gov.my

2.Dewan Budaya -Aninah - aninah@dbp.gov.my

3. Dewan Ekonomi -junaidah Ahmad Ghazali -jun@dbp.gov.my

4.Dewan Kosmik -Norizan Muslim -norizan@dbp.gov.my

5.Dewan Sastera- Rozninah abd.Azib -rozninah@dbp.gov.my

6.Tunas Cipta -Ruslan Abd Raffar -arruslan@dbp.gov.my

7. Dewan Bahasa -Zaidi Ismail -zaidi_i@dbp.gov.my

8. Pelita Bahasa -Armin Azhari saleh -armin@dbp.gov.my

9. Dewan Siswa - abd.Ghani abu- ghanig@dbp.gov.my

10.Dewan pelajar -Haziah che Hussin -haziah@dbp.gov.my

 

 

Lain-lain03.12.2010
tuan, bolehkah hantar saya satu contoh rencana yang lengkap berkaitan remaja

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh menghantar artikel ke Editor Tunas Cipta atau Editor Dewan Siswa

Lain-lain04.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas