Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.fi.sien] | ايفيسيئن

Definisi : (éfisien) bkn individu, organisasi, mesin, dll yg boleh menjalankan tugas dgn cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga); keefisienan perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan: rasuah mengakibatkan turunnya ~ dlm pentadbiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.fi.sien] | ايفيسيئن

Definisi : /éfisién/ 1 mampu mengerjakan sesuatu tugas dgn tepat dan cermat (tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja) 2 sesuai atau cocok benar digunakan utk sesuatu tujuan (kerana tidak membazirkan waktu, tenaga atau belanja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata efisien


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modern bureaucracybirokrasi modenPentadbiranTiadaBentuk pentadbiran dan pengurusan organisasi yang lebih efisien dan mengambil kira unsur-unsur pembaharuan berdasarkan perubahan persekitaran yang berlaku. Birokrasi moden juga merangkumi corak pembahagian autoriti atau kuasa tanggungjawab pengurusan dalam organisasi, seperti pemencaran kuasa yang dibuat oleh peringkat atasan terhadap para pengurus yang bertanggungjawab terhadap jabatan atau bahagian masing-masing. Brokrasi moden juga melibatkan amalan sistem organisasi yang lebih terbuka dan peka terhadap kehendak dan keperluan semasa. Contoh elemen birokrasi moden ialah jaringan yang lebih banyak antara organisasi, peraturan dan kawalan yang tidak mengongkong kakitangan, penyaluran maklumat yang lebih telus untuk memudahkan kakitangan, kemudahan yang lebih banyak dan penggunaan teknologi terkini
action skillkemahiran tindakanPentadbiranTiadaKeupayaan seseorang melaksanakan sesuatu pekerjaaan aku tugas dengan cepat dan efisien.
circular economyekonomi kitaranEkonomiTiadaSatu sistem ekonomi yang menggunakan sumber alam secara optimum dan efisien dan/dengan meminimumkan penghasilan sisa.
woodland managementpengurusan hutan cerangLandskapTiadaKaedah mengurus dan mengendali kawasan hutan cerang secara sistematik dan efisien.
composition of structuresgubahan strukturLandskapTiadaPenyusunan struktur dalam reka bentuk bagi mendapatkan susunan paling sesuai dan efisien.
inner spatial modulationpermodulan ruang dalamLandskapTiadaPembentukan modul ruang dalam bangunan untuk menghasilkan susunan ruang yang efisien.
streaming mediamedia penstrimanTeknologi Maklumate-PembelajaranPenghantaran kandungan audio atau video dalam bentuk termampat secara berterusan dan efisien menerusi Internet oleh aplikasi pelayan seperti Java dan dimainkan serta-merta dalam masa nyata dengan menggunakan aplikasi pemain media pengguna seperti Vimeo, AV Player dan YouTube.
industrial engineering subsystemsubsistem kejuruteraan industriTeknologi MaklumatTiadaSubsistem ini terdiri daripada jurutera industri yang mengkaji sistem fizikal supaya lebih efisien.
storm drainage systemsistem saliran hujanLandskapTiadaSistem khas yang dibentuk untuk mengalirkan air hujan yang lebat dari permukaan bumi dengan cepat dan efisien.
bureauncracybirokrasiPentadbiranTiadaRangka sistem pengutusan yang dianggap rasional, tetapi tidak berperibadi kerana sistem ini cuba mengumpul dan mengawal segala sumber organisasi supaya lebih efisien.
1234

Kembali ke atas