Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ja.an] | ايجاءن

Definisi : kaedah atau cara menulis perkataan dgn huruf: penyelarasan ~ khususnya tertumpu pd kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ja.an] | ايجاءن

Definisi : cara atau peraturan menulis perkataan dgn huruf: ~ perkataan ‘saya’ ialah ‘s-a-y-a’. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan perabot adalah perabot bukannya perabut? Kenapa ejaan tose bukannya tosai? Kenapa ejaan telefon bukannya talipon? Kenapa ejaan bumiputra bukannya bumiputra? Kenapa ejaan Insya-Allah ada sempang, bukannya Insyallah? Kenapa ejaan yang betul spageti bukannya spagheti? Kenapa ejaan stoking, bukannya stokin? Kenapa ejaan yang betul adalah catat, bukannya catit? Kenapa ejaan yang betul adalah maksimum bukannya maksima? Kenapa ejaan minimum adalah minimum, bukannya minima? Kenapa ejaan pelancaran digugurkan huruf ‘r’ perlancaran? Kenapa ejaan yang betul adalah cap, bukannya cop? Sekian terima kasih.
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Perkataan yang betul ialah pelancaran hasil daripada kata kerja melancarkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lebih lanjut. 
Tatabahasa16.07.2021
Assalamualaikum. Saya nak tanya, ejaan yang terkini perabot. Adakah ejaan perabut sistem ejaan lama? Sekian terima kasih.

Perkataan ‘perabot’ telah mengalami perubahan ejaan mengikut sistem ejaan rumi Bahasa Melayu.

 

Rujuk Buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Ejaan15.08.2021
Salam, boleh saya tahu antara ejaan Wilkinson atau ejaan Za'ba, yang mana satu merupakan ejaan rumi pertama yang digunakan secara meluas di kalangan rakyat untuk bahasa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu? Ataupun terdapat ejaan rumi lain yang lebih lama yang telah digunakan di sekolah-sekolah atau pondok pengajian Melayu secara rasminya?

Ejaan rumi yang lebih awal digunakan ialah Ejaan Wilkinson namun Ejaan Za’ba atau Ejaan Sekolah merupakan ejaan rumi yang digunakan lebih meluas terutama di sekolah dan dalam urusan rasmi sejak tahun 1924 hingga 1972. (Ensiklopedia Bahasa Melayu -2015 dan Encyclopedia of The Malay Language and Linguistics - 2020)

Lain-lain11.06.2022
Salam sejahtera, maaf saya ingin bertanya tentang ejaan permainan kabaddi. Apakah ejaan yang sebetulnya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. Cadangan ejaan perkataan kabaddi mengikut penyesuaian ejaan ialah kabadi.Ejaan13.06.2020
Assalamualaikum. Jika dirujuk khidmat nasihat tentang ejaan atlet dan atlit, dikatakan bahawa ejaan atlet ialah ejaan yang tepat. Namun demikian, mengapakah ejaan atlit masih terakam di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 88) ? Benar ada anak panah yang mengkehendaki pembaca untuk merujuk atlet (atlit->atlet) di dalam kamus tetapi hal ini telah mengelirukan pembaca kerana selagi entri atlit wujud di dalam kamus, maka masyarakat beranggapan bahawa atlit ialah ejaan yang sah. Sekiranya atlit ialah ejaan yang salah, ada baiknya dipadam sahaja daripada Kamus Dewan. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete. Tanda anak panah bererti lihat, iaitu lihat perkataan di hadapan. Walau bagaimanapun, kami mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan oleh tuan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Ejaan11.12.2019
Salam Tuan, saya ada beberapa soalan: Ejaan betul bagi idah/edah? Ejaan bagi sulh Ejaan bagi Shiqaq/Syiqaq lagi satu, patut kah saya merujuk PRPM bagi istilah-istilah ini atau saya kekalkan istilah-istilah ini mengikut ejaan Arab? Terima kasih, TuanEjaan yang betul ialah:
1. idah (sila rujuk KD-4 dan KDP)
2. sulh (disarankan menggunakan padanan bahasa Melayunya - perdamaian)
3. syiqaq (ejaan mengikut pedoman)(belum terakam dalam kamus terbitan DBP)

Semua kata pinjaman yang digunakan dalam teks bahasa Melayu perlulah dieja mengikut Pedoman Umum Ejaan Baku Bahasa Melayu yang terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua (2016).
Ejaan14.06.2023
Mangga harumanis yang dipetik oleh abang itu rasanya manis. Adakah betul ejaan harumanis? Apakah ejaan yang sebetulnya sekiranya ejaan tersebut salah?Minta penjelasan pihak dbp. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah harum manis. Contoh ayat: Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah RM4.50Ejaan20.05.2020
Tempoh hari saya ada tanya tentang ejaan betul antara Akad atau Akkad, tetapi pihak tuan/puan salah faham dan menyangka ia akad seperti dalam "akad nikah" mengikutkan ejaan. Saya nak tanya ejaan bagi negeri kuno "Akkad", patutkah dieja Akad atau Akkad mengikut pedoman ejaan?Ejaan yang digunakan bagi nama tempat kuno ialah Akad. Penggunaan kata ini hanya muncul sekali dalam karya Melayu klasik (Sila rujuk Malay Concordance Project).Ejaan27.04.2024
Salam. Saya ingin mengajukan soalan. Kenapa ya ejaan bumiputera betul tetapi bumiputra salah? Kenapa ejaan nanas betul sedangkan kita sering mendengar ejaan nenas dalam pertuturan harian? Boleh saya tahu adakah catit merupakan sistem ejaan lama dan catat merupakan ejaan yang terkini? Sekian. terima kasih.
Untuk makluman puan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. 
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. 
Bahasa Melayu  mempunyai sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam urusan rasmi. 
Tatabahasa20.07.2021
Yang mana betul bagi ejaan : insya-Allah, insyallah atau ejaan lain ?Ejaan yang betul ialah 'insya-Allah'.Ejaan24.01.2021
12345678910...

Kembali ke atas