Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ja.an] | ايجاءن

Definisi : kaedah atau cara menulis perkataan dgn huruf: penyelarasan ~ khususnya tertumpu pd kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ja.an] | ايجاءن

Definisi : cara atau peraturan menulis perkataan dgn huruf: ~ perkataan ‘saya’ ialah ‘s-a-y-a’. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWIEJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI, sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu yang berhuruf Arab yang disebut juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai orang Jawah (           ) atau Jawi (          ). Ini disebabkan, pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara ini terkenal dengan nama Javadwipa. Maka dengan itu dapatlah nama tulisan Jawi. Bahan bertulisan Jawi yang tertua bertarikh tahun 1303. (702 H) yang berupa sebuah batu bersurat atau prasasti. Bahan tulisan tangan atau manuskrip yang tertua yang dalam bentuk buku ialah naskhah ‘Aqa’id al-Nasafi bertarikh 1590 (998 H).
BAHASABahasa
EJAAN RUMI WILKINSON

EJAAN RUMI WILKINSON, sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem  ejaan ini hasil daripada usaha yang dilakukan  oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang membentuk sebuah Jawatankuasa  Ejaan Rumi, diketuai oleh R.J. Wilkinson, pada tahun 1904. Sistem ejaan tersebut kemudiannya diberi nama Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary (Romanised) yang disusun oleh R.J. Wilkinson, kemudian menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba atau Sistem Ejaan Sekolah.

BAHASABahasa
EJAAN KONGRES

EJAAN KONGRES, sistem ejaan yang dihasilkan daripada kertas kerja yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi’ yang ditulis oleh Asraf, salah seorang ahli Bahasa yang menganggotai Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Kertas kerja tersebut dibentangkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang telah diadakan di Singapura dan Johor Baru dari 16 hingga 21 September 1956.

BAHASABahasa
EJAAN RUMI ZA'BA

EJAAN RUMI ZA’BA, sistem ejaan Rumi yang disusun untuk bahasa Melayu oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan telah dimuatkan dalam buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang diterbitkan pada tahun 1949. Sistem ejaan ini juga telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam buku Pelita Bahasa Melayu oleh penyusun yang sama. Nama asal bagi sistem ejaan ini ialah “Petua-Petua Ejaan Rumi” dan sempena nama penyusunnya, sistem ini dikenal dengan nama Sistem Ejaan Rumi Za’ba.

BAHASABahasa
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA

EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.

BAHASABahasa
EJAAN UNIVERSITI MALAYA

EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang  menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.

BAHASABahasa
EJAAN SOEWANDI

EJAAN SOEWANDI,  sistem ejaan dengan menggunakan huruf Rumi untuk bahasa Indonesia setelah Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264/Bhg. A yang ditandatangani oleh Soewandi, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mac 1947.

BAHASABahasa
EJAAN RUMI FAJAR ASIA

EJAAN RUMI FAJAR ASIA, sistem ejaan yang digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit pada awal tahun 1940-an, semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.

BAHASABahasa
EJAAN DAN TULISAN MELINDO

EJAAN DAN TULISAN MELINDO, sistem ejaan Rumi yang dipersetujui bersama untuk digunakan di Persekutuan Tanah Melayu dan di Republik Indonesia. Proses penyatuan ejaan tersebut bermula apabila perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia ditandatangani pada 17 April 1959.

BAHASABahasa
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI

DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi.

            Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian.

 

BAHASAKarya
12345

Kembali ke atas