Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ka.ba.ha.sa] | ايکابهاس

Definisi : (ékabahasa) 1. (bkn kamus) dlm satu bahasa (keseluruhan kandungannya, iaitu perkataan dll yg ditakrif, takrif, serta maklumat lain yg diberikan): Kamus Dewan ialah kamus ~; 2. (bkn orang) mengetahui atau boleh bertutur dsb dlm satu bahasa sahaja (biasanya (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekabahasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kamus ekabahasa yang paling tua?Secara keseluruhan edisi terkini memuatkan ________jumlah kata baharu yg berupa kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk? KamusDewan mutakhir memuatkan ______kata baharu?Ensiklopedia tertua berasal dari mana?Penyusu kamus ekabahasa yang pertama ialah_________.Apakah maksud menterjemah?Perkataan Serban berasal dari _______.Kamus ekabahasa tertua ialah Kitab pengetahuan Bahasa : iaitu Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau-Lingga. Dikarang di Riau pada tahun 1858 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad. Entri baru dalam Kamus Dewan Edisi Keempat berjumlah 5843 meliputi kata umum, istilah umum, kata serapan Arab, dan  kata slanga. Sejumlah 375 kata diberi peluasan makna. Kata serban berasal dari Parsi (sumber : Prof Adelaar (Bausani) dan Kamus Wilkinson)Lain-lain06.02.2008
Apa kamus terbaru, Ekabahasa dan Dwibahasa keluaran DBP?Kamus terbaru ekabahasa ialah Kamus Dewan Edisi ke-4, dan Kamus Dwibahasa ialah Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu DBP.Lain-lain26.02.2009
APAKAH MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH INI, & CONTOH AYATNYA.... 1. EKABAHASA, 2. DWIPENGKHUSUSAN 3. TRIDIMENSI, 4. SWADAYA 5. JURUMUDI, 6. PANCAINDERAekabahasa ialah dlm satu bahasa. Pancaindera ialah deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata, tangan. untuk mengetahui sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.Makna20.08.2008
Jumlah kamus yang diterbitkan oleh DBP dan tahun penerbitan

Dua kamus ekabahasa, iaitu Kamus Pelajar Edisi Terkini(2008) dan Kamus Dewan Edisi Keempat(2005). Kamus dwibahasa, iaitu Kamus Inggeris Melayu Dewan( 1992) dan Kamus Dwibahasa, Bahasa Inggeris -Bahasa Melayu. Selain itu DBP ada menerbitkan kamus istilah pelbagai bidang yang boleh diperoleh di Kedai Buku Koperasi DBP, Menara DBP, KL.    

Lain-lain05.02.2009
Are there any Kamus Dewan providing source languages of foreign terms used in Bahasa Malaysia?Sila kemukakan pertanyaan dalam bahasa Melayu. Untuk makluman saudara, Kamus Dewan merupakan kamus ekabahasa (bahasa Melayu - bahasa Melayu) dan perkataan yang diambil daripada bahasa asing dilabelkan dalam entri kata tersebut seperti prima facie dilabelkan sebagai Latin, iaitu istilah khusus yang diambil daripada bahasa Latin.Lain-lain11.06.2012
Salam. Boleh saya tahu adakah Kamus Dewwan Edisi ke-5 akan diterbitkan dalam masa terdekat? Saya harap lebih banyak istilah baru dimasukkkan. Terima kasih.Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa akan menerbitkan Kamus Umum (ekabahasa) dan untuk maklumat lanjut dan sebarang pandangan sila kemukakan kepada Puan Dr. Fadilah binti Jasmani, Ketua Bahagian Perkamusan, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, e-mel beliau fadilah@dbp.gov.my.Lain-lain05.04.2013
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa MelayuUsaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan.   Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan.   Lain-lain21.04.2008
usaha yang dilakukan oleh dbp untuk memartabatkan bahasa melayu

Encik Muriadi,

Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu telah melaksanakan pelbagai usaha dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa usaha pemartabatan bahasa Melayu dilaksanakan melalui kegiatan dan program pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai kamus, contohnya kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan kamus dalam bahasa lain diusahakan. jutaan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta. kerja-kerja penyelidikan tentang korpus bahasa dan bidang linguistik lain  terus dilaksanakan untuk mencari dan menentukan rumus-rumus bahasa bagi memantapkan lagi pedoman dan hukum tatabahasa yang sedia ada. Dari segi pengembangan pula, pelbagai kegiatan dan program dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa di sektor awam, swasta, pendidikan dan masyarakat umum.  Kegiatan seperti pidato, debat, seminar, kursus bahasa, forum dan pelbagai majlis wacana ilmu dilaksanakan di pelbagai sektor pengguna bahasa.

Dalam bidang sastera dan penerbitan pula, pelbagai kegiatan kesusasteraan dilaksanakan antaranya pementasan drama dan teater, sayembara baca puisi,Anugerah Sastera Perdana, majlis wacana ilmu yang membincangkan isu-isu kesusateraan dan sebagainya. Dalam aspek penerbitan pula, DBP terus mengorak langkah menerbitkan buku pelbagai bidang ilmu, majalah, jurnal, ensiklopedia  

Lain-lain20.04.2010
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016
Salam sejahtera, Saya merujuk kepada jawapan pihak KNDBP bertarikh 16/3/2010 kepada soalan saya tentang 'black sheep' vs 'scapegoat' vs kambing hitam yang mana pihak KNDBP menyatakan akan menyemak huraian istilah untuk pembetulan. Setakat hari ini masih dapat dilihat huraian dalam Kamus Dewan mahupun Kamus Inggeris-Melayu Dewan adalah tetap sama: 'black sheep' adalah kambing hitam. Soalan saya: 1) Adakah pihak DBP telah menyemak huraian tersebut dan memutuskan pembetulan tidak perlu dibuat kerana tiada kesilapan? 2) Sekiranya tiada kesilapan, bolehkah kita katakan bahawa guru-guru BI di Malaysia perlu memberikan DUA makna untuk penggunaan 'black sheep' di Malaysia: (a) penggunaan di Malaysia, DAN (b) penggunaan di luar Malaysia (yang tidak membawa maksud 'kambing hitam')?. Terima kasih.Untuk makluman saudara, Kamus Inggeris - Melayu (KIMD) Dewan disusun dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah pihak Australian National University. Oleh sebab DBP tidak mempunyai korpus bahasa Inggeris, maka DBP sangat bergantung pada kamus ekabahasa Inggeris untuk mendapatkan maklumat tentang bahasa tersebut. Ketika kamus ini disusun (diterbitkan pada 1991) hanya terdapat makna kiasan bagi perkataan black sheep dalam kamus ekabahasa (bahasa Inggeris) rujukan, maka entri kata tersebut hanya memberi terjemahan makna yang ada. DBP sentiasa membuat penambahbaikan dalam buku terbitannya. Pada setiap kali terbitan edisi baharu bagi mana-mana kamus peluasan makna bagi setiap entri akan dimasukkan. Hal ini telah dimaklumkan kepada Bahagian Perkamusan, dan KIMD Edisi Baharu masih dalam peringkat manuskrip. Pada pandangan kami tidak salah untuk memaklumkan maklumat terkini entri kamus yang diketahui kepada khalayak, malah pemberian maklumat ini dialu-alukan untuk manfaat bersama.  Istilah19.10.2011
12

Kembali ke atas