Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eko


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan istilah BM: ekoenzim atau eko enzim atau eko-enzim Penggunaan istilah English: ecoenzyme or eco enzyme or eco-enzymeEko- merupakan awalan asing berkaitan dengan ekologi. Maka ejaan yang betul ialah ekoenzim. Ejaan10.09.2020
Tuan/Puan, saya ingin menanyakan apakah term/ejaan yang betul untuk eco enzyme dalam Bahasa Melayu dan English? Eco enzyme / eco-enzyme / ecoenzyme ? Eko enzim / eko-enzim / ekoenzim ? Saya telah cuba mencari dalam carian kata tetapi tiada entry harap pihak Tuan/.Puan dapat membantu Terima kasih.Berdasarkan carian melalui Internet, perkataan eco enzyme lebih banyak digunakan. Oleh itu, padanan yang sesuai untuk istilah ini dalam bahasa Melayu ialah ekoenzim, kerana Eko- merupakan awalan asing berkaitan dengan ekologi dan tidak boleh berdiri sendiri.
Istilah10.09.2020
Untuk istilah 'Eco Product', adakah 'Produk Eko' terjemahan yang betul ? Terima kasihEko- merupakan awalan asing berkaitan dengan ekologi, contohnya ekopelancongan.  Awalan dalam bahasa Melayu tidak boleh berdiri sendiri untuk membentuk frasa ‘Produk Eko-’. Dari segi pembentukan istilah, kami mencadangkan ‘produk ekologi’.Istilah09.09.2014
apakah maksud sistem eko-dualisme?

Eko-: awalan asing berkaitan dgn ekologi, mis ekopelancongan.

Dualisme: 1. faham yg berasaskan dua prinsip yg saling bertentangan spt antara kebaikan dan kejahatan, dan antara terang dan gelap; 2. keadaan apabila wujud dua sifat yg ketara saling bertentangan pd diri seseorang. 

Lain-lain01.09.2009
Adakah penggunaan perkataan eko sains sebagai nama khas betul? .Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah Taman Ekosains SK KundasangLain-lain22.08.2019
Adakah betul penggunaan eko sains yang digunakan sebagai kata nama khas. Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang.Penggunaan yang betul ialah Taman Ekosains SK Kundasang.Ejaan27.08.2019
SAYA PERLU KEPASTIAN DARI PIHAK DBP EJAAN YANG TEPAT BAGI PERKATAAN BERIKUT IAITU:- 1. EKO SISTEM ATAU EKOSISTEM 2. KERETA API ATAU KERETAPI 3. EKO LANCONG ATAU EKOLANCONG 4. MENGENAL PASTI ATAU MENGENALPASTI KERSAMA DARI PIHAK TUAN AMAT DIHARGAI.SEKIAN TERIMA KASIH.

Puan Kasmah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan yang betul bagi ketiga-tiga soalan ialah, ekosistem, ekolancong, kereta api dan mengenal pasti. Terima kasih.

Ejaan26.05.2009
1. Apakah sebutan yang betul bagi perkataan ‘taman eko’? Adakah sebutannya ‘eh-ko’ atau ‘eee-ko’? 2. Apakah sebutan yang betul untuk ‘generasi’? Adakah sebutannya ‘jeh-ne-ra-si’ atau ‘ge-ne-ra-si’? 3. Apakah istilah yang sesuai untuk ‘art teacher?’ Bolehkah ‘guru seni lukisan’ diterima?Sebutan yang betul ialah "eko"  dan  "generasi". Padanan bahasa Melayu "guru seni lukis bagi perkataan "art teacher" boleh digunakan. Ejaan03.04.2021
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih

guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;

pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja;

sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;

hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);

Makna05.12.2007
Kebakaran secara terbuka menyebabkan eko-sistem kita tidak seimbang.

Ejaan yang betul ialah ekosistem.

Ejaan20.11.2011
123

Kembali ke atas