Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eko


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
aset(asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll); ~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukar­kan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangun­an, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewa­ng­an (Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak men­janakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi mem­beri hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayar­an­nya belum diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta.Kamus Dewan Edisi Keempat
eko-awalan asing berkaitan dgn ekologi, mis ekopelancongan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kos Iharga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, per­belanjaan; ~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sam­pingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak ber­ubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd peng­gunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran; berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah; pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf.Kamus Dewan Edisi Keempat
susut nilai1. (Eko) turunnya nilai barang modal spt mesin dan bangunan kerana telah usang, rosak atau haus; 2. (Eko) jatuhnya nilai suatu mata wang dlm sebutan mata wang lain; 3. berkurang atau merosot nilainya (bkn barang, modal dsb): mesin itu akan ~ setelah digunakan selama beberapa tahun; menyusutnilaikan menyebabkan barang, modal dsb susut nilai: mereka perlu meng­anggarkan berapa tahun utk ~ harta syarikat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecairan1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil;Kamus Dewan Edisi Keempat
premium(prémium) 1. (Eko) sejumlah wang dibayar secara tetap kpd syarikat insurans bagi sesuatu polisi insurans; 2. bayaran tam­bahan yg dibuat bagi sesuatu; 3. (Eko) amaun nilai saham yg lebih tinggi drpd harga tawaran asal (nilai tara) apabila saham itu mula di­senaraikan di Bursa Saham: syarikat itu mencatatkan ~ sebanyak 50 sen apabila dibuka pd harga RM2.00 berbanding dgn harga tawaran asalnya RM1.50 sesaham; 4. bermutu dan harganya lebih mahal sedikit (bkn sesuatu produk dsb): dia lebih suka menggunakan minyak petrol ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
indeks(indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat.Kamus Dewan Edisi Keempat
gadai janji(Eko) 1. perjanjian peminjaman sejumlah wang drpd bank, syarikat kewangan dsb bagi membeli rumah atau harta benda dgn rumah atau harta benda yg berkenaan dijadikan cagaran; 2. dokumen yg diberikan oleh peminjam kpd pemberi pinjam dlm bentuk lien kpd harta yg dijadikan cagaran terhadap pinjaman yg diberi sehinggalah pinjaman berkenaan dibayar semula; ~ kedua (Eko) gadai janji yg dibuat terhadap harta yg masih digadai janji dgn pihak lain; ~ pertama (Eko) gadai janji utama yg memberikan tuntutan pertama terhadap harta yg menjadi cagaran;menggadai janji mencagarkan harta benda secara gadai janji kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) utk mendapatkan pinjaman: dia terpaksa ~ rumahnya kpd bank utk membiayai pelajaran anaknya di seberang laut;penggadai janji orang yg meminjam wang dan menggadai janji hartanya kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) sbg cagaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
instrumen1. alat, perkakas (muzik, pertukangan, dll); 2. (Eko) (instrumén) dokumen rasmi yg sah di sisi undang-undang dan mengikut peraturan tertentu yg menyatakan hak pihak-pihak yg terlibat dlm sesuatu kontrak dsb, surat cara; ~ kewangan (Eko) a) dokumen rasmi yg berkaitan dlm bidang kewangan; b) sebarang bentuk pelaburan dlm pasaran saham atau aset kewangan yg lain, mis bon, saham, deposit tetap dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
jaminan1. akuan menjamin, kesediaan me­nanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tang­gungan; ~ bank (Eko) jaminan yg di­berikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg di­jamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jamin­an yg diberikan oleh pihak insurans utk mem­berikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah di­jadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas