Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.no.mi] | ايکونومي

Definisi : (ékonomi) 1. ilmu bkn pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan: beberapa orang penuntut ~ sedang membantu Kementerian Buruh menyelidiki keadaan pengangguran sekarang ini; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang ekonomi; 2. sistem penge (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ko.no.mi] | ايکونومي

Definisi : /ékonomi/ 1 ilmu ttg asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan (kemasyarakatan dll) yg bersangkutan dgnnya. 2 keadaan kekayaan atau kebendaan (sesebuah negara dll): Kedudukan ~ negara semakin kukuh. 3 urusan ttg perkara-perkara rumah tangga (spt perbelanjaan, penggunaan barang-barang). 4 tidak boros; hemat. ~ campuran sistem ekonomi yg sebahagian sumbernya dikawal oleh sektor awam dan sebahagian lagi dikawal oleh sektor swasta. ~ terbuka ekonomi yg melibatkan perdagangan sesebuah negara dgn negara yg lain. ~ tertutup ekonomi yg tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu tidak wujud aktiviti import dan eksport barangan atau bahan pengeluaran. berekonomi 1 menjalankan sesuatu usaha menurut ilmu ekonomi. 2 bercermat atau berhati-hati dlm menggunakan wang; berhemat. mengekonomikan membelanjakan wang dgn hati-hati; menghematkan: Utk tujuan ini, beliau telah ~ segala perbelanjaan seberapa yg dpt. perekonomian hal-hal atau kegiatan-kegiatan ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekonomi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi/Ekonomi.Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ekonomi.Tatabahasa29.06.2012
saya ingin mengetahui apakah definasi bagi perkataan ekonomiEkonomi bermaksud ilmu berkenaan dengan pengeluaran produk, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan (sama ada dalam negeri atau luar negeri); sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan,dll); berkaitan dengan keadaan kekayaan; urusan tentang perbelanjaan dan perkhidmatan individu, keluarga,  syarikat, dan negara; dan berkaitan dengan penghematan.Makna09.03.2008
pengertian 1. mempelbagaikan ekonomi? 2. minyak dan gas? 3.ekonomi minyak dan gasSelamat pagi:

 Mempelbagaikan ekonomi bermaksud perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi seperti perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain. Minyak dan gas merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara Malaysia.
 
Lain-lain23.09.2016
Yang manakah frasa yang paling tepat antara MODEL EKONOMI BAHARU dengan MODEL BAHARU EKONOMI?Model ekonomi baharu.Tatabahasa31.05.2010
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ?Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan.Makna05.09.2010
Salam. Soalan mengenai susunan kata dalam frasa nama. 1. PELAKSANAAN SEMULA EKONOMI atau PELAKSANAAN EKONOMI SEMULA. 2. SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN atau SEMAKAN KEPUTUSAN SEMULA PEPERIKSAAN. Terima kasih.Susunan frasa yang betul ialah "PELAKSANAAN SEMULA EKONOMI" dan "SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN".  Tatabahasa27.03.2022
apakah maksud kegiatan ekonomi??Maksud kegiatan ekonomi secara literal ialah sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan.Makna26.06.2015
munsyi, dari sudut ekonomi atau daripada sudut ekonomi? TQjawapan yang betul ialah dari sudut.Tatabahasa07.02.2012
Saya hendak bertanya penggunaan istilah 'pengembangan ekonomi' adakah boleh digunakan? Jika istilah 'pengembangan dana' adakah ia sesuai? Ayat contoh 'Pengembangan ekonomi dari dana masjid di Negeri Pahang'.Perkataan "pengembangan ekonomi" boleh digunakan. Ayat contoh yang diberikan perlu dibetulkan, iaitu "Pengembangan ekonomi daripada dana masjid di negeri Pahang".Tatabahasa25.08.2014
Salam, Saya ingin menulis artikel berkaitan MEB/ MBE untuk buletin yang akan diedarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan Wilayah Selatan. Memandangkan istilah ini kata nama khas, mohon bantu saya pengesahan dari aspek penggunaan istilah yang betul sama ada: i. Model Ekonomi Baru ATAU Model Baru Ekonomi ii. Model Ekonomi BAHARU/ Model BAHARU Ekonomi ATAU yang betul salah satu para (i) Mohon kepastian segera daripada pihak tuan. Terima kasih.Istilah yang betul Model Ekonomi Baru.Istilah18.04.2011
12345678910...

Kembali ke atas