Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor) 1. bahagian yg di belakang sekali pd tubuh binatang (biasanya spt menganjur keluar dr tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan): ~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung; burung merak mempunyai ~ yg cantik; 2. a) penjodoh bilangan utk binatang: du (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor); ~ angin sj tumbuhan (herba), daun sejumbuk, Plantago major; ~ kucing sj tumbuhan (herba), Dysophylla auricularia; ~ kuda a) sj tumbuhan (pokok), jati bukit, Dacrydium beccarii; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Cernonia cinerea; ~ kunin (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor); murai (merbah) ~ gading sj burung, Terpsiphone paradisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : /ékor/ 1 bahagian tulang belakang yg menganjur ke luar dr punggung dan dpt digerak-gerakkan (spt yg terdapat pd binatang): Anjing itu menggerak-gerakkan ~nya. 2 penjodoh bilangan bagi binatang: se~ lembu. 3 sesuatu yg rupanya atau keadaannya spt ekor 1: ~ layang-layang. 4 bahagian yg di belakang sekali (bkn perarakan dll): ~ perarakan itu masih belum bergerak tetapi kepalanya sudah lama berlepas. ~ belangkas a. bayonet yg bentuknya spt ekor belangkas. b. cucuk sanggul yg bentuknya spt ekor belangkas. ~ cicak rambut yg berjuntai di antara telinga dan pipi. ~ kuda fesyen rambut perempuan yg diikat dan dibiarkan berjuntai ke belakang spt ekor kuda. ~ lipas rambut pd lekuk tengkuk. ~ mata sudut mata. ~ tikus kikir yg bulat panjang. berekor 1 ada ekornya. 2 ki meleret; berpanjangan: Baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke mahkamah. berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang; berlarut-larut: Kamu semua hendaklah berjalan ~. mengekor 1 bergantung (berjuntai) spt ekor. 2 mengikut atau menyertai dr belakang: Ibunya berjalan dahulu, dia ~ di belakang. mengekori 1 mengikut seseorang (sesuatu) dr belakang: Anak manja itu ~ ibunya ke kedai. 2 mengawasi pergerakan seseorang (tanpa pengetahuannya) utk mengetahui kegiatannya; memata-matai: Pihak polis sentiasa ~ gerak-gerinya. ekoran akibat drpd sesuatu perkara; kesudahan drpd sesuatu kejadian: Dua orang pemuda telah ditahan sbg ~ drpd peristiwa rompakan yg lalu. pengekor orang yg mengikut (satu-satu ajaran); penganut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[é.kor] | ايکور

Definisi : /ékor/; ~ kucing nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya spt ekor kucing), Acalypha sanderiana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekor

Puisi
 

Anak pipit kembang ekor,
     Masak susu linggang-linggang;
Ulit cik adik bawa tidur,
     Tutup pintu renggang-renggang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Beroja berpegang ekor.

Bermaksud :

Kepercayaan yang setengah hati. beroja = menggalaki.

 

Lihat selanjutnya...(53)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anak saya bertanya tentang penjodoh bilangan untuk ekor. se ? ekor. terima kasih

Tuan,

Ekor merupakan penjodoh bilangan bagi binatang: contohnya, seekor lembu, dua ekor lembu jantan, dan sebagainya.

Lain-lain21.03.2009
Salam sejahtera. Ingin bertanya, adakah kedua-dua ini: bagai murai tercabut ekor/ seperti murai tercabut ekor diterima? Terima kasih :)Penggunaan perkataan "bagai murai tercabut ekor" dan "seperti murai tercabut ekor" boleh diterima kerana kata "bagai" dan "seperti" merupakan kata sinonim (kata yang sama atau hampir sama maknanya)Lain-lain18.06.2022
Bagai murai dicabut ekor atau bagai murai tercabut ekor? Terima kasih.Bagai murai dicabut ekorTatabahasa11.05.2015
Salam, Saudara, bolehkah perkataan "memengsankan" digunakan dalam ayat. Contohnya, "Jerung ekor panjang melibaskan ekor menerusi air untuk memukul dan memengsankan ikan yang lebih kecil". Untuk pengetahuan saudara, ayat tersebut saya terjemahkan daripada ayat Inggeris berikut, "The thresher swipes its tail through the water to slap and stun smaller fish." Terima kasih.Kata terbitan memengsankan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Namun begitu tidaklah bermakna kata ini tidak boleh dibentuk, asal sahaja sesuai dengan konteks makna yang digunakan.Tatabahasa14.03.2013
Penggunaan bahasa yang betul bagi ayat di bawah:- Ekor Lembu Asam Pedas atau Asam Pedas Ekor Lembu Ikan Asam Pedas atau Asam Pedas IkanPenggunaan bahasa yang betul ialah:

1) Asam Pedas Ekor Lembu
   Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ekor lembu).

2) Asam Pedas Ikan
Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ikan.
Lain-lain08.05.2018
yang mana betul a. Ekor kucing itu terpijak oleh saya. atau b. Ekor kucing itu saya terpijak. ejaan mana yang betul a. sedia kala atau sediakala b. Internet atau internet (adakah kata ini kata nama khas) (mengikut Kamus Dewan dieja Internet) a. internet

a.  Dua-dua salah. Jawapan yang betul ialah " Saya terpijak ekor kucing itu".

b. Sediakala

b. Internet

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Tatabahasa27.06.2008
Salam. Ayat yang manakah lebih tepat? 1. Berapakah ekor monyet yang masih bergayut di atas pokok? 2. Berapa ekorkah monyet yang masih bergayut di atas pokok? 3. Berapa ekor monyetkah yang masih bergayut di atas pokok?
Ayat yang betul ialah  "Berapa ekor monyetkah yang masih bergayut di atas pokok?"
Tatabahasa14.05.2020
kelima-lima ekor anak ayamnya mati keracunan setelah memakan beras yang dicampur dengan racun. (tuan, adakah ayat ini gramatis?_)

Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Sri Shan Balaraman WED 10:46PM Salam... saya nak kepastian tentang peribahasa... yang mana satu betul penggunaannya...Bagai murai tercabut ekor atau Bagai murai dicabut ekor? TqSalam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Jawapan persoalan tuan/puan ialah "Bagai murai dicabut ekor".Lain-lain31.08.2016
1) Terangkan dengan lebih terperinci maksud ekor pada haiwan dalam konteks Bahasa Melayu. 2) Adakah bahagian hujung badan serangga seperti pepatung boleh dipanggil ekor? Terima kasih.

1. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, makna ekor ialah bahagian yang di belakang sekali atau hujung pada tubuh binatang yang biasanya seperti menganjur keluar dari tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan.

2.  Ya, hujung badan serangga seperti pepatung boleh dipanggil ekor.

Lain-lain06.05.2020
123456789

Kembali ke atas