Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor) 1. bahagian yg di belakang sekali pd tubuh binatang (biasanya spt menganjur keluar dr tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan): ~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung; burung merak mempunyai ~ yg cantik; 2. a) penjodoh bilangan utk binatang: du (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor); ~ angin sj tumbuhan (herba), daun sejumbuk, Plantago major; ~ kucing sj tumbuhan (herba), Dysophylla auricularia; ~ kuda a) sj tumbuhan (pokok), jati bukit, Dacrydium beccarii; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Cernonia cinerea; ~ kunin (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor); murai (merbah) ~ gading sj burung, Terpsiphone paradisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : /ékor/ 1 bahagian tulang belakang yg menganjur ke luar dr punggung dan dpt digerak-gerakkan (spt yg terdapat pd binatang): Anjing itu menggerak-gerakkan ~nya. 2 penjodoh bilangan bagi binatang: se~ lembu. 3 sesuatu yg rupanya atau keadaannya spt ekor 1: ~ layang-layang. 4 bahagian yg di belakang sekali (bkn perarakan dll): ~ perarakan itu masih belum bergerak tetapi kepalanya sudah lama berlepas. ~ belangkas a. bayonet yg bentuknya spt ekor belangkas. b. cucuk sanggul yg bentuknya spt ekor belangkas. ~ cicak rambut yg berjuntai di antara telinga dan pipi. ~ kuda fesyen rambut perempuan yg diikat dan dibiarkan berjuntai ke belakang spt ekor kuda. ~ lipas rambut pd lekuk tengkuk. ~ mata sudut mata. ~ tikus kikir yg bulat panjang. berekor 1 ada ekornya. 2 ki meleret; berpanjangan: Baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke mahkamah. berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang; berlarut-larut: Kamu semua hendaklah berjalan ~. mengekor 1 bergantung (berjuntai) spt ekor. 2 mengikut atau menyertai dr belakang: Ibunya berjalan dahulu, dia ~ di belakang. mengekori 1 mengikut seseorang (sesuatu) dr belakang: Anak manja itu ~ ibunya ke kedai. 2 mengawasi pergerakan seseorang (tanpa pengetahuannya) utk mengetahui kegiatannya; memata-matai: Pihak polis sentiasa ~ gerak-gerinya. ekoran akibat drpd sesuatu perkara; kesudahan drpd sesuatu kejadian: Dua orang pemuda telah ditahan sbg ~ drpd peristiwa rompakan yg lalu. pengekor orang yg mengikut (satu-satu ajaran); penganut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[é.kor] | ايکور

Definisi : /ékor/; ~ kucing nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya spt ekor kucing), Acalypha sanderiana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekor

Puisi
 

Anak pipit kembang ekor,
     Masak susu linggang-linggang;
Ulit cik adik bawa tidur,
     Tutup pintu renggang-renggang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Beroja berpegang ekor.

Bermaksud :

Kepercayaan yang setengah hati. beroja = menggalaki.

 

Lihat selanjutnya...(53)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ekorekorKesenianTiadaBahagian bawah wau.
ekorekorKerisTiadaBahagian ganja yang terletak di antara bahagian kepit dengan aring. Bahagian ini nipis dan meruncing.
tail-to-tail repeatsulangan ekor-ke-ekorBiologiGenetiklih. simetri diad.
bilah ekorbilah ekorKesenianTiadaBahan daripada buluh yang diraut atau dibentuk untuk dijadikan rangka ekor wau.
ekor ikan(Baj., Sam.)ekor ikan(Baj., Sam.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk ekor ikan.
caudakaudaPerubatanTiadaEkor atau unjuran seperti ekor.
caudakaudaPerubatanTiada1. Ekor, atau apendaj bak ekor.
hand tailingtangkap ekorPerikananTiadaKaedah menaikkan ikan ke atas dek bot dengan memegang bahagian ekor ikan. Bagi ikan yang bersaiz kecil, pemancing menggunakan tangannya untuk menggenggam bahagian ekor ikan dan menaikkan ikan tersebut ke atas dek. Bagi ikan yang bersaiz besar, tali digunakan untuk mengikat ekor ikan dan takal digunakan untuk menaikkan ikan ke atas dek.
tail surfacepermukaan ekorAeroangkasaTiadaPermukaan penstabil mengufuk di bahagian ekor pesawat udara.,Permukaan penstabil mengufuk di bahagian ekor pesawat udara.
tail planesatah ekorAeroangkasaTiadaPermukaan penstabil mengufuk di bahagian ekor pesawat udara.,Permukaan penstabil mengufuk di bahagian ekor pesawat udara.
12345678910...

Kembali ke atas