Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.sis.tem] | ايکوسيستم

Definisi : (ékosistem) sistem yg melibatkan interaksi antara suatu komuniti (haiwan, tumbuhan, dsb) dgn alam persekitarannya yg tidak bernyawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ko.sis.tem] | ايکوسيستم

Definisi : /ékosistem/ ist sistem lingkungan hidup semula jadi yg terbentuk sbg hasil drpd tindakan yg menyaling antara benda-benda hidup dgn persekitarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekosistem


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, mohon pandangan untuk translate perkataan "Ecosystem Restoration" dengan tepat dalam bahasa melayuKami mencadangkan "ecosystem restoration" diterjemahkan sebagai "pemulihan ekosistem" atau "restorasi ekosistem". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Penyemakan dan penterjemahan25.03.2021
SAYA PERLU KEPASTIAN DARI PIHAK DBP EJAAN YANG TEPAT BAGI PERKATAAN BERIKUT IAITU:- 1. EKO SISTEM ATAU EKOSISTEM 2. KERETA API ATAU KERETAPI 3. EKO LANCONG ATAU EKOLANCONG 4. MENGENAL PASTI ATAU MENGENALPASTI KERSAMA DARI PIHAK TUAN AMAT DIHARGAI.SEKIAN TERIMA KASIH.

Puan Kasmah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan yang betul bagi ketiga-tiga soalan ialah, ekosistem, ekolancong, kereta api dan mengenal pasti. Terima kasih.

Ejaan26.05.2009
Kebakaran secara terbuka menyebabkan eko-sistem kita tidak seimbang.

Ejaan yang betul ialah ekosistem.

Ejaan20.11.2011
Assalamulaikum, Mohon dapatkan maksud tepat bagi perkataan ‘ Restore our earth’ dalam bahasa melayu bagi tema hari bumi 2021Pihak kami mencadangkan padanan 'Restore our earth' ialah Memulihara ekosistem bumi.Penyemakan dan penterjemahan25.01.2021
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal
1.progresif =  sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan:

2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman.

3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat:

4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana.

5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara.

6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.

7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu. Sila rujuk lama web 
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi.
8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro

9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami.


Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan.
Makna01.07.2013
Salam Sejahtera. Mohon penjelasan Tuan/Puan berkenaan dengan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat berikut. Difokuskan kepada pemilihan kata yang digunakan sama ada sesuai atau salah. (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Sendi) 1. Sungai merupakan sumber semula jadi dalam ia mempunyai banyak ekosistem contohnya ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain. 2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, hari itulah kematian masyarakat. 3. Kepentingan sungai kepada masyarakat mempunyai beberapa utama iaitu sebagai sumber air kepada kita. 4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir ke gunung dan lalu ke tanah selepas itu air akan menjadi sedap dan bersih dan lalu ke sungai. 5. Sungai yang bersih dan besar akan mempunyai banyak ekosistem yang besar dan mempunyai banyak ikan, udang dan lain-lain. 6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak. 7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan protein, 8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya. Ayat ini merupakan tulisan karangan pelajar sekolah menengah berkaitan tajuk kepentingan sungai. Mohon penjelasan tentang kesalahan bahasanya. Terima kasih.Bentuk ayat yang betul ialah:
1. Sungai merupakan sumber semula jadi yang mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain.
2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, itulah hari penamat bagi manusia.
3. Antara kepentingan sungai kepada masyarakat termasuklah sebagai sumber air kepada kita.
4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir dari gunung ke tanah selepas itu dan sungai.
5. Sungai yang bersih dan besar mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang dan lain-lain.
6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak.  (semak kesahan fakta ini)
7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan sumber protein.
8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya.
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk menyemak penggunaan kata dan ketepatan ayat yang dibina.
Lain-lain27.11.2017
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Efisien. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah.Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas.Lain-lain09.02.2022
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Mengagumkan. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah.
Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas.
Lain-lain09.02.2022
Apakah terjemahan Bahasa Melayu bagi istilah berikut? 1. Ecosystem services 2. Provisioning services 3. Regulating services 4. Cultural services 5. Supporting services 6. Sense of welcoming 7. Sense of place 8. Sense of belonging

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1.  Ecosystem services: Khidmat ekosistem



2. Provisioning services: Khidmat pembekalan



3. Regulating services: Khidmat kawalan



4. Cultural services: 
 Khidmat budaya



5. Supporting services: Khidmat sokongan



6. Sense of welcoming: Perasaan dialu-alukan



7. Sense of place: Perasaan setempat



8. Sense of belonging:
Perasaan sepunya



 Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.







Makna24.02.2021

Kembali ke atas