Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pé.ri.men] | ايکسڤيريمن

Definisi : (ékspérimen) 1. ujian atau penyelidikan, terutamanya yg dirancang utk membuktikan sesuatu hipotesis; 2. percubaan pd sesuatu yg baru dan berbeza; bereksperimen membuat eksperimen: dia merupakan dramatis yg terus ~; mengeksperimenkan melakukan eksperimen ( (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.pé.ri.men] | ايکسڤيريمن

Definisi : /ékspérimen/ 1 ujian atau penyelidikan mengikut kaedah sains utk mencari penemuan baru, utk menguji sesuatu hipotesis atau utk membuktikan bahawa sesuatu andaian itu benar: Dia begitu tekun menjalankan ~ di makmal. 2 percubaan terhadap sesuatu yg baru dan yg berbeza. bereksperimen membuat atau melakukan eksperimen: Sbg orang baru dlm bidang itu, beliau sering ~. mengeksperimenkan melakukan eksperimen (terhadap seseorang atau sesuatu): Beliau begitu yakin dlm ~ andaian yg dibuatnya, utk menentukan kebenaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksperimen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul: 1. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1? 2. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1? 3. Keputusan eksperimen selepas emapt hari direkod di Jadual 1?Ayat Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1 dan Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1 betul.Tatabahasa31.08.2012
Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen

Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen boleh dilihat melalui

kumpulan cerpen beliau seperti berikut: i.   Hujan di Daerah Settha, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978.

                                                         ii.   Di Perhentian Pertama, Kuala Lumpur: Utusan Melayu & Distributors, 1975.

                                                         iii.  Di Tengah Perempuan, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984.

                                                         iv.  Kepulangan Seorang Tua, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984, dan

                                                          v.  Sang Tahanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Lain-lain29.02.2008
APA MAKSUD " EMPIRIKAL"Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berdasarkan (bergantung pada) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: kaedah yang digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dengan pengumpulan data. Lain-lain18.02.2011
Apakah maksud perkataan “zuss” yang ada dalam komik bahasa Melayu , iaitu sebuah buku penerbitan Pelangi yang bernama “RAJA EKSPERIMEN 24 HUKUM KEABADIAN TENAGA “ , muka surat 171. Terima kasih.Maaf. Tiada kata zuss dalam pangkalan data kamus dan istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi editor atau penulis buku tersebut.
Makna26.09.2023
salam, Apakah maksud 'projek eksperimental'? terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, eksperimental bermaksud berkenaan (berasaskan, bersifat) eksperimen, bersifat percubaan. 

Istilah sumber "experimentals project" yang diterjemahkan mengikut istilah bahasa Malaysia ialah projek percubaan.
Tatabahasa13.10.2012
Salam, Apakah perkataan bahasa melayu bagi quasi-experimental design?Cadangan perkataan bahasa Melayu bagi frasa quasi-experimental design ialah reka bentuk separa eksperimen sekiranya bersesuaian dengan konteks yang hendak disampaikan.Penyemakan dan penterjemahan20.03.2015
1.Istilah "Empirikal" masih belum saya temui maknanya . harap tuan dapat menjelaskannya.Empirikal atau empirik ialah perkataan dlm bahasa Indonesia Belanda yg bermaksud berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: cth penggunaannnya, kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian empirik (al) dgn pengumpulan data.Makna27.07.2007
Apakah terjemahan Bahasa Melayu untuk istilah penyelidikan dan pembangunan (R&D) berikut: (1) Applied Research (2) Experimental Development Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perktaan yang diberikan ialah: 
Applied Research - Penyelidikan Gunaan
Experimental Development - Pembangunan Eksperimen 
Makna04.03.2021
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara.

2. Pemboleh-pemboleh ubah

3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan

4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu.

5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang...

6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih.

7. Bahan toksik

8. Meramalkan taufan

Tatabahasa24.11.2011
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab?Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan mak­lumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyia­sat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat.

Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains.

Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. 

Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb);
Makna22.09.2013
12

Kembali ke atas