Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.po.si.si] | ايکسڤوسيسي

Definisi : (éksposisi) 1. pameran (terutamanya keluaran perindustrian, kerja tangan), ekspo; 2. pernyataan (komen, penjelasan bertulis dan sistematik) tentang sesuatu perkara: sejarah kesusasteraan ini merupakan suatu ~ persambungan dan perubahan alam fikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.po.si.si] | ايکسڤوسيسي

Definisi : /éksposisi/ pertunjukan (terutama hasil-hasil keluaran perindustrian, kerja tangan dsb); pameran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksposisi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expositioneksposisiMuzikTiada

 1. Lihat bentuk sonata.

 2. Bahagian yang mengandungi subjek dalam karya fuga. Eksposisi berlawanan              dengan episod.

plotplotKesusasteraanTiadaJalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat. Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama, dan teater. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, koplikasi, dan resolusi. Eksposisi ialah bahagian awal yang memperkenal setiap watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah tahap pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketegangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semua naratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot itu tidak mengikut rentetan eksposisi, komplikasi dan resolusi. Contohnya, ada naratif yang plotnya langsung tidak memberikan resolusi, malah ada naratif yang tidak mempunyai plot yang jelas. Contoh novel yang memperlihatkan plot yang konvensional ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi, dan novel Sangeetha oleh Azizi Haji Abdullah, sementara novel Daerah Zani oleh A. Samad Said memperlihatkan plot yang bukan konvensional.
expositioneksposisiKesusasteraanTiada1. Salah satu daripada empat jenis utama komposisi, selain daripada hujahan/deskripsi dan pengisahan.,2. Memperjelas sifat sesuatu objek, idea atau tema.
expositioneksposisiKesenianTiada4. Sebahagian daripada bentuk sonata.,5. Bahagian permulaan fiug.
enunciationeksposisiKesenianTiadaBahagian pembukaan bentuk sonata.
expositioneksposisiPendidikanTiadaTiada
expositioneksposisiSejarahTiada3. Tulisan yang bersifat memberikan informasi atau maklumat melalui huraian fakta yang dipaparkan.
expositioneksposisiKesenianDrama dan TeaterBabak awal drama yang memperkenalkan persoalan cerita dan watak, menggambarkan latar serta memberikan fakta yang berkaitan untuk menjelaskan keseluruhan struktur drama.
rising actionaksi menaikKesusasteraanTiadaBahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan ceritanya meningkat melalui konflik yang semakin meruncing atau menegang, sehingga tiba ke kemuncak plot atau klimaks. Bahagian ini terletak selepas eksposisi atau pengenalan dan diisi dengan keruwetan, konflik dan ketegangan. Lihat juga babak, eksposisi, ketegangan, konflik, plot, puncak, ruwetan. Banding aksi menurun.
point of attackpecah ceritaKesusasteraanTiadaPermulaan cerita yang biasanya bermula selepas eksposisi atau pada permulaan persembahan. Permulaan cerita biasanya ditemui dalam teater tradisional. Selepas pecah cerita, aksi akan menuju komplikasi, seterusnya menuju klimaks (puncak) dan penyelesaian komplikasi utama. Lihat juga puncak.
123

Kembali ke atas