Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.kui.ti] | ايکويتي

Definisi : (ékuiti) pemilikan saham biasa (dlm sesebuah syarikat): dlm projek usaha sama, jika ~ sesebuah syarikat dapat dikuasai oleh pengusaha tempatan, ini tidak bermakna bahawa pengawalan teknologi yg diimport juga dapat dikuasai sepenuhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kui.ti] | ايکويتي

Definisi : /ékuiti/ ist saham biasa dan syer yg tidak mempunyai dividen yg tetap. ~ pemilik jumlah modal yg dikeluarkan oleh tuan punya perniagaan dan untung yg diperoleh, yg dicatat dlm kunci kira-kira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekuiti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equity financingpembiayaan ekuitiEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang diberikan oleh pemilik modal (rabbul mal) kepada mudarib berasaskan ekuiti. Ekuiti ini menggunakan prinsip mudarabah dan musyarakah. Bentuk pembiayaan ini membolehkan mudarib memperoleh dana tanpa berhutang. Hal ini bermakna mudarib tidak perlu membayar semula dana pada jumlah dan tempoh masa tertentu. Namun begitu, kelemahan utama pembiayaan ekuiti ini ialah faedah yang diterima sebagai pemilik menjadi semakin kurang dan kemungkinan berlakunya kehilangan kawalan ke atas perniagaan setelah bilangan rabbul mal bertambah.
tax equityekuiti cukaiEkonomiTiadaAgihan yang adil terhadap beban cukai. Ekuiti cukai boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu ekuiti cukai menegak dan ekuiti cukai mendatar. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan bebas cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan beban cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai mendatar pula, agihan beban cukai adalah sama bagi golongan yang berkemampuan yang sama walaupun punca pendapatan mereka berlainan.
equity-linked securitiessekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuitiPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti yang terbit daripada urus niaga dalam ekuiti yang menggantungkan nilainya secara keseluruhan atau sebahagiannya ke atas ekuiti berkenaan.
equity-derivative securitiessekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuitiPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti yang terbit daripada urus niaga dalam ekuiti yang menggantungkan nilainya secara keseluruhan atau sebahagiannya ke atas ekuiti berkenaan.
acquired equityekuiti diperolehEkonomiEkonomi IslamPemilikan ekuiti yang sementara bagi membiayai projek tertentu. Ekuiti digunakan oleh syarikat untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan akan dikembalikan kepada pelabur selepas tempoh tertentu. Pengeluaran ekuiti ini adalah untuk membezakannya dengan ekuiti yang disumbangkan oleh pemegang saham biasa. Contohnya, ekuiti yang boleh ditebus semula.
equity instrumentinstrumen ekuitiEkonomiEkonomi IslamSebarang dokumen yang menandakan pemegangnya mempunyai tuntutan pemilikan terhadap aset entiti perniagaan. Instrumen ekuiti ini digunakan oleh entiti perniagaan untuk mendapatkan sebahagian dana bagi memulakan dan mengembangkan operasi. Contohnya, modal saham, saham keutamaan, waran dan pembiayaan ekuiti. Semua instrumen ekuiti tersebut menepati prinsip syariah.
equity-derivative securitiessekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuitiEkonomiTiadaTiada
equity-linked securitiessekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuitiEkonomiTiadaTiada
equity managementpengurusan ekuitiPengurusanPerancanganBidang pengurusan yang merujuk pertimbangan dan keputusan yang diambil oleh pihak berkenaan dalam organisasi berkaitan pengurusan dana yang dilaburkan dalam pemilikan sesebuah perniagaan. Pengurusan ekuiti bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dan mengembangkan pegangan ekuiti yang sedia ada. Di samping itu, pengurusan ekuiti bertujuan untuk mengelakkan sebarang risiko boleh jangka yang berkemungkinan menjejaskan pulangan yang diterima atas sesuatu pelaburan.
equityekuitiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAspek keadilan dan kewajaran yang wujud dalam sistem perundangan, bertujuan untuk mengelakkan keputusan mahkamah yang terlalu tegar. Ekuiti membenarkan undangundang membuat penyesuaian berdasarkan keadaan khusus sesuatu kes. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, ekuiti menjadi sumber kepada prinsip-prinsip yang diperkenalkan bagi mencapai kesaksamaan yang menjadi mustahil apabila triti dan undang-undang adat antarabangsa dipakai secara tegar. Lihat juga prinsip ekuiti.
12345678910...

Kembali ke atas