Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.laun] | ايلاءون

Definisi : (élaun) bayaran yg diberikan kpd seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas): ~ ahli Dewan Rakyat telah dinaikkan; ~ anak elaun utk dibelanjakan ke atas anak; ~ bermalam elaun yg diberikan kerana terpaksa bermalam (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.laun] | ايلاءون

Definisi : /élaun/ wang yg dibayarkan kpd seseorang kerana melakukan kerja-kerja atau perkara-perkara yg tertentu; tunjangan. ~ makan elaun yg diberikan utk perbelanjaan makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elaun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allowanceselaunEkonomiTiada1.Tambahan kepada pendapatan tetap seperti elaun keraian, elaun rumah, dan elaun perkhidmatan awam. 2. Peruntukan untuk tujuan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai. Peruntukan ini diberikan untuk diri, berasaskan pengecualian isteri, anak, dan tanggungan.
depletion allowanceperuntukan kehabisan; elaun susutanPentadbiran PerniagaanTiadaElaun susutan: Elaun yang diberi ke atas perbelanjaan modal perlombongan dan sebagainya.
tax allowanceelaun cukaiEkonomiTiadaElaun yang diberi kepada pembayar cukai supaya sejumlah pendapatan larasannya dikecualikan daripada cukai. Misalnya, elaun cukai pelaburan yang diberi kepada syarikat yang mengeluarkan keluaran yang digalakkan, atau kegiatan lain yang digalakkan. Semasa pengiraan cukai pada tahun taksiran, syarikat ini dibenarkan menolak elaun cukai daripada pendapatan larasan supaya pengecualian cukai diperoleh.
investment tax allowanceelaun cukai pelaburanEkonomiTiadaSalah satu insentif untuk menarik pelaburan dengan cara memberi elaun untuk dikira dalam potongan cukai pendapatan syarikat. Jumlah elaun diberi bergantung kepada saiz pelaburan atau perbelanjaan modal yang dibuat dalam satu tempoh tertentu.
investment tax allowanceelaun cukai pelaburanPentadbiran PerniagaanTiadaSalah satu insentif untuk menarik pelaburan dengan cara memberi elaun untuk dikira dalam potongan cukai pendapatan syarikat. Jumlah elaun diberi bergantung kepada saiz pelaburan atau perbelanjaan modal yang dibuat dalam satu tempoh tertentu.
family allowanceelaun keluargaEkonomiTiadaElaun tambahan yang diberi kepada pekerja yang belajar atau berkhidmat di luar negeri untuk membantu sara hidup keluarga pekerja tersebut.
agriculture allowanceelaun pertanianPentadbiran PerniagaanTiadaElaun yang diberi ke atas perbelanjaan pertanian layak.
capital allowanceelaun modalPentadbiran PerniagaanTiadaElaun yang diberi ke atas perbelanjaan modal yang layak.
notional allowanceelaun nosionalPentadbiran PerniagaanTiadaElaun modal tahunan yang ditolak dalam pengiraan perbelanjaan baki tetapi tidak diambil kira dalam pengiraan cukai.
capital allowanceelaun modalEkonomiTiadaLihat elaun guna modal.
12345678910...

Kembali ke atas