Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.li.sis] | ايليکتروليسيس

Definisi : (éléktrolisis) 1. (Kim) pengaliran arus elektrik melalui elektrolit utk menjana gas, membentuk endapan logam pd elektrod, dll; 2. (Ubat) pemusnahan tisu hidup, spt akar rambut dan tumor, dgn arus elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.tro.li.sis] | ايليکتروليسيس

Definisi : /éléktrolisis/ ist proses pengaliran tenaga elektrik melalui sesuatu sebatian kimia dlm bentuk larutan atau cairan dan perubahan kimia yg berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrolisis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih.Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga.Tatabahasa15.05.2013

Kembali ke atas