Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lé.men] | ايليمن

Definisi : (élémen) 1. anasir; 2. sesuatu yg menjadi bahagian dlm sesuatu keseluruhan unsur: ini disebabkan antara kedua-dua faktor itu terdapat ~-~ yg kuat tetapi berlawanan; 3. Id alat utk menimbulkan tenaga elektrik secara kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lé.men] | ايليمن

Definisi : /élemen/ ist 1 zat yg terdiri drpd beberapa atom yg sama dan tidak dpt dipecah-pecahkan kpd bahagian yg lebih kecil dgn kaedah kimia. 2 wayar perintang aliran elektrik yg menjadi alat pemanas pd alat-alat elektrik (spt periuk elektrik, seterika elektrik). 3 salah satu drpd unsur yg empat (tanah, air, api, dan angin) yg dianggap sbg bahan dasar alam semesta. 4 alat utk mendapatkan tenaga elektrik secara kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elemen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah elemen-elemen yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu?Sila rujuk En. Mohd. Hanafi bin Ibrahim, Pegawai Perancang Bahasa, Bahagian Kesusasteraan Bandingan, DBP.Lain-lain03.03.2010
Salam tuan DBP, Bolehkan saya mendapat penerangan bagi 'konsonan gabungan ng' dan apakah elemen-elemen yang boleh meletakkan sesuatu perkataan itu mengandungi 'konsonan gabung ng"? Terima kasihSila jelaskan soalan saudara.Lain-lain29.07.2010
1. Apakah yang difinasi penggabungjalinan , cara pelaksanaannya. 2. Kekuatan dan kelemahan konsep penggabungjalinan. 3. Apakah elemen-elemen pengucapan awam. 4. Apakah persediaan sebelum membuat pengucapan awam.Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Lain-lain15.10.2011
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya?Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.01.2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, di dalam kajian sastera, apakah perbezaaa anatar jalan cerita, teknik plot dan teknik penceritaan? Adakah jalan cerita itu merangkumi teknik plot dan juga teknik penceritaan? Terima kasih.Teknik plot  atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyampaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya.Sastera22.07.2013
Apakah elemen yang terkandung dalam gaya bahasa? Adakah aspek skema dan trope terkandung dibawah skop gaya bahasa? Adakah kajian yang dibuat mengenai gaya bahasa jatuh dalam kategori bidang retorik? Jika tidak, apakah jawapannya?Tidak banyak maklumat tentang gaya bahasa dalam pangkalan data kami. Melalui carian di Internet, tidak menemukan maklumat tentang skema dan trope dalam penulisan gaya bahasa, tetapi ada dibincangkan dalam tajuk retorik. Walau bagaimanapun untk mengesahkan maklumat tersebut sila rujuk guru dalam bidang berkenaan.Tatabahasa06.02.2014
Elemen kemampuan menunaikan solat. atau kriteria kemampuan menunaikan solatElemen bermaksud unsur, kriteria bermaksud ukuran atau pertimbangan. Antara dua perkataan ini, kriteria lebih sesuai digunakan.Lain-lain21.03.2018
Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik Konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll. Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang  berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya. Tanpa konflik tidak akan ada cerita dan tanpa konflik yang rencam, tidak mungkin sesebuah cerita itu dapat berkembang dan menarik. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja dalam setiap drama (baca: drama juga ialah salah satu genre dalam sastera) bersiri di televisyen yang mengaplikasikan konflik untuk meneruskan cerita agar penonton terus mengikuti siri-siri cerita tersebut.

Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyamapaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan rencam.

Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Ketiga-tiga unsur itu (konflik, suspens dan kejutan) akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama)  untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan. Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Lain-lain08.02.2010
Saya agak keliru dengan dengan istilah ciri dan elemen....Adakah kedua-duanya mempunyai maksud yang samaCiri ialah sifat khusus yang membezakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Elemen ialah sesuatu yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur.Makna20.08.2014
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah. Selepas perkataan destinasi di bawah perlu ditambah koma ataupun tidak. Terima kasih. Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam.Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam.Tatabahasa29.07.2013
12345

Kembali ke atas