Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lo/] | ايلوق

Definisi : (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu; ~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati; seelok sama elok dgn, sebaik; seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah ber-salin sahaja, ia pun diceraikan;seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg lebih itu disimpan di bank; mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~ rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok menjadikan lebih elok: ~ adat resam kita; keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~ perjalanan enjin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lo/] | ايلوق

Definisi : /élok/ 1 dpt menyukakan atau dpt memuaskan hati apabila dilihat dll; cantik; menarik: Budak itu sejak kecil lagi amat ~ rupanya. 2 baik; bagus: ~lah kita berehat dahulu utk melepaskan penat. mengelokkan 1 menjadikan elok (cantik): Dia ~ tudung kepala anaknya. 2 membaikkan; membaguskan: ~ kelakuan orang. memperelok 1 menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2 menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. seelok sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. seelok-eloknya yg paling elok; sebaik-baiknya: ~ wang yg berlebihan itu disimpan di bank saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elok

Puisi
 

Nak kayuh saya kayuhkan,
     Budak-budak main perahu;
Nak tangguh saya tangguhkan,
     Elok tak elok saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Elok lenggang di tempat datar.

Bermaksud :

Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kacik[kA.tSi/]kata kerjamengikat.Kacik molek sikik prahu tu, anyuk ke.[kA.tSi/ m:.lE/ si.ki/ pÄA.hu tu A.øu/ kE]Ikat elok-elok perahu tu, nanti hanyut.
   2. mencuri.Mung dok sini buwak pranga molek, jange dok jelok bare ore.[muN do/ s:i.ni bu.wA/ pÄA.NA m:.lE/ dZA.NE do/ dZ«.l/ bA.ÄE .ÄE]Kamu duduk di sini buat perangai elok-elok, jangan mencuri harta benda orang.
   2. perasaan panas hati (kerana dihina, ditipu dan lain-lain), marah.Sipe bilek tu come, kelek kakok mung ngidong ke.[si.pE bi.le/ tu tS:.mE k«.le/ kA.k/ muN N:i.doN kE]Kemas bilik tu elok-elok, balik kakak kamu marah nanti.
cengek[tS:«.NE/]kata adjektifberkenaan kain, hidung dan lain-lain dalam keadaan terangkat sedikit.Kaeng mung tu cengek sikik, paka molek gak.[kAeN muN tu tS:«.NE/ si.ki/ pA.kA m:.lE/ gA/]Kain kamu tu terangkat sikit, pakailah elok-elok
kilah[ki.lAh]kata kerjamengikat kain pelikat dengan cara menggulung di pinggang.Kilah kaeng tu molek sikik, lamo ke jatoh, malu mung.[ki.lAh kAeN tu m:.lE/ si.ki/ lA.m kE dZA.toh mA.lu muN]Ikat kain tu elok-elok sikit, kalau jatuh, malu kamu.
cekero[tS«.k«.č]kata kerjamengagak.Cekero molek la kalu nok buboh gare dale gula dok maseng perak lagu ni.[tS«.k«.č m:.lE/ lA kA.lu n/ bu.boh gA.ÄE dA.lE gu.lA tu :Agak elok-elok kalau nak bubuh garam dalam gulai tu, jangan sampai masin sangat macam ni.
handeng[hAn.dEN]kata kerjamembuang atau melemparkan sesuatu dengan kuat (kerana marah dan lain-lain), menghumban.Buwi molek gak bok tu, aku handeng tanoh ke.[bu.wi m:.lE/ gA/ bo/ tu A.ku hAn.dEN t:A.nh kE]Beri buku tu elok-elok, nanti aku humban ke tanah.
sedak keleh[s«.dA/ k«.leh] elok mata memandang (berkenaan perangai seseorang, pemandangan dan lain-lain).Buak pranga molek sikik gak baru sedap keleh.[bu.wA/ pÄA.NA m:.lE/ si.ki/ gA/ bA.Äu s«.dA/ k«.leh]Berperangai sopanlah sikit, baru elok mata memandang.
   2. berkenaan ubi yang elok di luar tetapi di dalamnya rosak.Ubi stelo tu banyok tok leh make, pasa klaroh.[ubi stE.l tu bA.ø/ t/ leh mA.kE pA.sA klA.čh]Keledek tu banyak yang tak boleh makan, kerana rosak di dalamnya.
deke[dE.kE]kata adjektifberkenaan buah dalam keadaan tidak berisi penuh, tidak elok.Tahong ni buoh mokte deke, pasa masok museng kemara.[tA.hoN ni bu.wh m/.tE dE.kE pA.sA mA.s/ mu.seN k«.mA.ÄA]Tahun ini buah rambutan tak berisi penuh, kerana masak musim kemarau.
12

Kembali ke atas