Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lo/] | ايلوق

Definisi : (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu; ~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati; seelok sama elok dgn, sebaik; seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah ber-salin sahaja, ia pun diceraikan;seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg lebih itu disimpan di bank; mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~ rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok menjadikan lebih elok: ~ adat resam kita; keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~ perjalanan enjin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lo/] | ايلوق

Definisi : /élok/ 1 dpt menyukakan atau dpt memuaskan hati apabila dilihat dll; cantik; menarik: Budak itu sejak kecil lagi amat ~ rupanya. 2 baik; bagus: ~lah kita berehat dahulu utk melepaskan penat. mengelokkan 1 menjadikan elok (cantik): Dia ~ tudung kepala anaknya. 2 membaikkan; membaguskan: ~ kelakuan orang. memperelok 1 menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2 menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. seelok sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. seelok-eloknya yg paling elok; sebaik-baiknya: ~ wang yg berlebihan itu disimpan di bank saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elok

Puisi
 

Nak kayuh saya kayuhkan,
     Budak-budak main perahu;
Nak tangguh saya tangguhkan,
     Elok tak elok saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Elok lenggang di tempat datar.

Bermaksud :

Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
timejust in ~, sempat [+ v], [v +] elok-elok (pd waktunya): we crossed the bridge just in ~: two minutes later it was flooded, kami sempat menyeberangi jambatan itu or kami menyeberangi jambatan itu elok-elok pd waktunya: dua minit kemudian jambatan itu dilanda banjir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snugly 2. (very closely) rapat; (tidily) elok-elok: it helps to make sure that all doors should close ~, elok jika kita memastikan bahawa semua pintu bertutup rapat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snugly the parcel fitted ~ into the saddle-bag, bungkusan itu muat elok-elok ke dlm beg pelana tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
look~ on, be a spectator, memandang, melihat, menengok; (at a sporting event) menonton, menyaksikan: I don’t want to play but would like to ~ on if I may, saya tdk mahu bermain tetapi hanya mahu menonton saja kalau boleh; he said nothing but just ~ed on, smiling all the while, dia tdk berkata-kata tetapi memandang saja dan tersenyum; ~ on the bright side, fikir yg /elok-elok, baik-baik/: why don’t you ~ on the bright side, you’re still young and healthy, mengapa kamu tdk fikir yg elok-elok, kamu masih muda dan sihat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
presentableadj elok: he seems quite a ~ young man, dia nampaknya pemuda yg elok; she looks very ~ in her new gown, dia kelihatan begitu elok dgn memakai gaun barunya; the coat is old, but still ~, kot itu sudah lama tetapi masih elok; she tried to arrange the cushions in a ~ manner, dia mencuba menyusun kusyen itu dgn eloknya; make os ~, bersiap: you better make yourself ~ and go down and welcome the guests, lebih baik kamu bersiap dan pergi ke bawah melayan tetamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
o’clockn (used to indic time train, bus, etc arrives or departs) approp + pukul [lapan dll]: I hope to catch the six ~ and reach home just in time for dinner, saya harap dapat menaiki kapal terbang pukul enam dan tiba di rumah elok-elok pd waktu makan malam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desirableadj 1. advisable, expedient, elok: a common language for all is ~, elok mempunyai satu bahasa utk semua; his presence today is ~ but not essential, elok dia hadir pd hari ini sungguhpun tdk perlu; it is ~ that you should pay in cash, elok sekiranya tuan bayar tunai; 2. sought after, wished for, menjadi idaman: this ~ residence is for sale, kediaman yg menjadi idaman ini adalah utk dijual; one of the city’s ~ suburbs, salah satu kawasan pinggir kota yg menjadi idaman; 3. exciting desire, menggiurkan, menghairahkan, memberahikan: a beautiful and ~ woman, wanita yg cantik dan menggiurkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
system3. person’s body, badan: once the poison enters the ~, death is inevitable, sebaik saja racun masuk ke dlm badan, kematian tdk dapat dielakkan; /good, bad/ for the ~, /elok, tdk elok/ utk kesihatan: rich foods are bad for the ~, makanan lebih lemak tdk elok utk kesihatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pretty3. (colloq), (ironic) excellent, elok benarlah: what a ~ mess you’ve made of it, elok benarlah perbuatan kamu tu; a ~ state of affairs, elok benarlah jadi begini; 4. (of a young man) effeminate, lemah lembut: he took exception to being described as a ~ boy, dia tdk suka digelar budak lelaki yg lemah lembut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
improperadj 1. inappropriate, unfit, tdk /sopan, elok/; (with infin) tdk elok: such behaviour would be considered ~ by your grandmother, perangai begitu dianggap tdk sopan oleh nenek kamu; it would be ~ for you to suggest such a thing, tdk elok kamu mencadangkan perkara spt itu; 2. inaccurate, incorrect, salah: the word is often used in an ~ sense, perkataan itu selalunya digunakan dlm pengertian yg salah; an ~ diagnosis, diagnosis yg salah; ~ use of (funds etc) menyalahgunakan (wang dsb); 3. indecent, indelicate, tdk senonoh: the man made an ~ suggestion to her, lelaki itu membuat cadangan yg tdk senonoh kepadanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas