Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lo/] | ايلوق

Definisi : (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu; ~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati; seelok sama elok dgn, sebaik; seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah ber-salin sahaja, ia pun diceraikan;seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg lebih itu disimpan di bank; mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~ rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok menjadikan lebih elok: ~ adat resam kita; keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~ perjalanan enjin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lo/] | ايلوق

Definisi : /élok/ 1 dpt menyukakan atau dpt memuaskan hati apabila dilihat dll; cantik; menarik: Budak itu sejak kecil lagi amat ~ rupanya. 2 baik; bagus: ~lah kita berehat dahulu utk melepaskan penat. mengelokkan 1 menjadikan elok (cantik): Dia ~ tudung kepala anaknya. 2 membaikkan; membaguskan: ~ kelakuan orang. memperelok 1 menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2 menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. seelok sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. seelok-eloknya yg paling elok; sebaik-baiknya: ~ wang yg berlebihan itu disimpan di bank saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elok

Puisi
 

Nak kayuh saya kayuhkan,
     Budak-budak main perahu;
Nak tangguh saya tangguhkan,
     Elok tak elok saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Elok lenggang di tempat datar.

Bermaksud :

Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud permulukan???muluk bermaksud indah-indah atau elok-elok, walau bagaimanpun kata terbitan permulukan tidak ada dalam pangkalan data kami.Makna24.06.2011
Saya nak tanya soalan tentang pantun Apakah maksud pantun ini“Baik urat elok batangnya, elok batang tidak berulat;Baik adat elok orangnya,orang elok tidak khianat”?Pantun tersebut merupakan pantun adat daripada Khazanah Pantun Melayu Riau yang bermaksud adat yang membentuk tingkah laku manusia, orang yang baik tiada sifat khianat dalam dirinya.  Sastera17.06.2021
Apakah perbezaan penggunaan 'mengemas' dan 'mengemaskan' dalam serta 'memberi' dan 'memberikan' dalam konteks ayat?Kamus Pelajar menakrifkan kata mengemas ialah perbuatan menyusun atau mengatur elok-elok, seperti ayat Dia sibuk mengemas barang-barang yang hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok; manakala mengemaskan ialah perbuatan menjadikan tersusun, seperti ayat Ia tidak diizinkan pulang sebelum mengemaskan kerjanya. Perbezaan yang jelas, kata kerja mengemas merujuk perbuatan yang sedang berlaku.Tatabahasa15.09.2015
apakah maksud berunsur pemulukan. contoh soalan: ungkapan yang berunsur pemulukan

Tidak ada kata contoh penggunaan kata pemulukan dalam pangkalan data kami. Contoh penggunaan yang ada ialah muluk bermaksud terbang tinggi-tinggi (burung, dan nyaring (suara) dan perkataan muluk-muluk yang bermaksud yang indah-indah atau elok-elok.


Makna31.05.2011
apakah maksud peribahasa yang lama dikelek, yang baharu didukung ?Peribahasa tersebut bermaksud sesuatu yang lama itu tidak semestinya tidak elok dan yang baharu itu semesti elok dan ada kalanya tidak elok.T.kasih.Makna15.07.2008
Apakah perbezaan antara molek dengan jelita? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, molek bermaksud  cantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dll). Jelita bermaksud cantik, elok, molek. Oleh itu, kedua-duanya mempunyai maksud yang sama.Makna08.02.2014
"saudara anjing = adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa" DBP tidak terfikirkah untuk memansuhkan peribahasa ini dan digantikan dengan peribahasa yang lebih elok bunyinya? Ini kerana peribahasa ini memberikan implikasi negatif kepada sesiapa sahaja yang digelar sedemikian rupa. Walaupun ia dicipta oleh orang dulu-dulu namun tidak semestinya ia elok digunakan untuk zaman ini dan tidak salah untuk ia dimansuhkan.Untuk makluman, peribahasa merupakan warisan yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya direka pada masa kini. Pihak DBP hanya merakamkan warisan tersebut supaya tidak pupus ditelan zaman dan kami tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan atau menggantikan peribahasa tersebut dengan perkataan lain walaupun bagi sesetengah pihak, peribahasa tersebut kurang sesuai digunakan.Sastera17.08.2017
Tuan, saya hendak menanyakan ayat songsang. Adakah ayat-ayat di bawah ini ialah ayat pasif susunan songsang? 1. Elok dibezakan penggunaan "baharu" dan "baru". 2. Dalam laman web rasmi ini, mesti digunakan bahasa bahasa Melayu. Adakah ayat-ayat di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (3) dan ayat (4) di bawah? 3. Penggunaan "baharu" dan "baru" elok dibezakan. 4. Dalam laman web rasmi ini, bahasa Melayu mesti digunakan. Saya selalu melihat penulis suka menggunakan ayat pasif susunan songsang yang mengandung kata kerja berawalan di- ini seperti dalam ayat-ayat contoh di atas. Bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Adakah ayat (5) di bawah ini ayat pasif susunan songsang? 5. Dipersilakan saudara Ali untuk membaca doa. Ayat (5) selalu digunakan dalam majlis perhimpunan rasmi di sekolah saya. Adakah ayat (5) di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (6) di bawah ini? 6. Saudara Ali dipersilakan untuk membaca doa. Sekadar ingin tahu. Terima kasih tuan!

Ayat aktif terdiri daripada:  Frasa Nama + Frasa Nama

                                                 Frasa Nama  + Frasa Adjektif

                                                 Frasa Nama + Frasa Kerja

                                                 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

 

Ayat pasif pula  ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.

 

Ayat songsang pula apabila keempat-empat bentuk ayat aktif di atas diterbalikkan, iaitu Frasa Nama, Frasa Adjektif, Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama yang berperanan sebagai pradikat atau keterangan ayat menjadi pemula ayat atau dikehadapankan sebelum objek.

 

Contoh:  Ayat aktif: Anjing itu mengejar kucing.

                 Ayat pasif:  Kucing itu dikejar anjing.

                Ayat pasif songsang: Dikejar anjing kucing itu                       

      

Contoh: Ayat aktif: Adik saya comel. 

                Ayat pasif : (Ayat ini tidak boleh menjadi ayat pasif kerana ayat pasif hanya bagi ayat yang  mengandungi kata kerja.)

                Ayat songsang: Comel adik saya.

 

Bagi ayat pertama dan kedua, memang betul ayat tersebut ialah ayat pasif susunan songsang daripada contoh ayat ketiga dan keempat. Begitu juga dengan ayat lima merupakan ayat pasif susunan songsang daripada ayat keenam.  Terima kasih.

Lain-lain25.11.2014
Tolonglah, jadikan Gerbang Kata lebih elok. Tiada langsung butang untuk ke Dunia Kata - Bual Kata. Saya terpaksa tulis alamat web ini sendiri http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx bagaimana mahu rakyat Malaysia menggembleng tenaga memperkaya bahasa Melayu jika lamannya tak mesra pengguna?Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Dia telah melarikan ingatannya yang tidak elok terhadap peristiwa silam. kesalahan tatabahasa ialah melarikan. soalan saya ialah apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan perkataan melarikan?Perkataan yang sesuai ialah melupakan peristiwa silam.Tatabahasa02.06.2008
123456789

Kembali ke atas