Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lo/] | ايلوق

Definisi : (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu; ~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati; seelok sama elok dgn, sebaik; seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah ber-salin sahaja, ia pun diceraikan;seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg lebih itu disimpan di bank; mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~ rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok menjadikan lebih elok: ~ adat resam kita; keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~ perjalanan enjin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lo/] | ايلوق

Definisi : /élok/ 1 dpt menyukakan atau dpt memuaskan hati apabila dilihat dll; cantik; menarik: Budak itu sejak kecil lagi amat ~ rupanya. 2 baik; bagus: ~lah kita berehat dahulu utk melepaskan penat. mengelokkan 1 menjadikan elok (cantik): Dia ~ tudung kepala anaknya. 2 membaikkan; membaguskan: ~ kelakuan orang. memperelok 1 menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2 menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. seelok sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. seelok-eloknya yg paling elok; sebaik-baiknya: ~ wang yg berlebihan itu disimpan di bank saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elok

Puisi
 

Nak kayuh saya kayuhkan,
     Budak-budak main perahu;
Nak tangguh saya tangguhkan,
     Elok tak elok saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Elok lenggang di tempat datar.

Bermaksud :

Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
soga[s.gA]kata namalidi ijuk.Soga enau lah yang elok buek monuleh khat.[s.gA E.nAw lAh jAN E.l/ bu.wE/ m.nu.lEh khAt]Lidi ijuklah yang elok dibuat menulis khat.
dudut[du.dut]kata kerjahirup, hisap.Usah dudut bondo tu, tak elok. Bodan kau yo yang tak somonggah dibueke kang.[u.sAh du.dut bn.d tu tA/ E.l/ b.dAn kAw j jAN tA/ s.mN.gAh di.bu.wE/.E kAN]Usap hisap benda itu, tidak elok. Badan engkau juga tidak elok dibuatnya nanti.
loho[l.ho]kata kerjalonggar, tidak sempit, tidak ketat.Dah loho pam basika tu, tak elok lai.[dAh l.hE pAm bA.si.kA tu tA/ E.l/ lA:]Sudah longgar pam basikal itu, tidak elok lagi.
robu[č.bu]kata adjektifkembang, naik.Kue apam yang omak buek tu elok robue.[kuE A.pAm jAN .mA/ bu.wE/ tu E.l/ č.bu.E]Kuih apam yang emak buat itu elok kembangnya.
omo[.m]kata adjektifbenyek.Buah manggo tu dah omo, tak elok dimakan lai.[bu.wAh mAN.g tu dAh .m tA/ E.l/ di.mA.kAn lA:]Buah mangga itu sudah benyek, tidak elok dimakan lagi.
bonyo[b.ø]kata adjektifberkenaan buah yang lembik dan hampir membusuk.Dian bolando ni dah bonyo, tak elok dimakan.[di.jAn b.lAn.d ni dAh b.ø tA/ E.l/ di.mA.kAn]Durian belanda ini sudah lembik, tidak elok untuk dimakan.
bogunjo[b.gun.dZ]kata adjektifbengundurkan diri, beredar.Maso dah jaoh malam ni, elok kito begunjo dulu.[mA.s dAh dZAoh mA.lAm ni E.l/ ki.t b.gun.dZ du.lu]Sekarang sudah larut malam, elok kita mengundurkan diri dulu.
korolat[k.č.lAt]kata namatali untuk menaikkan dan menurunkan tempat manisan lebah, tali umbai.Tali yang elok dibuek korolat, dibuek dari ijok bopinta komali.[tA.li jAN E.l/ di.bu.wE/ k.č.lAt di.bu.wE/ dA.Äi i.dZ/ b.pin.tA k.mA.li]Tali yang elok dibuat kerolat dibuat daripada tali ijuk berpintal komali.
guguk[gu.gu/]kata namaanak bukit.Kok nak leba sawah, guguk tongah sawah tu elok dirato an.[kk nA/ lE.bA sA.wAh gu.gu/ t.NAh sA.wAh tu E.l/ di.ÄA.t.An]Kalau hendak lebar sawah, anak bukit di tengah sawah itu elok diratakan.
tiek[tiE/]kata adjektiftempang.Dio maren kakie patah, jam ni dah elok tapi jalane tiyek.[di.j mA.ÄEn kA.ki.E pA.tAh dZAm ni dAh E.l/ tA.pi dZA.lAn.E ti.jE/]Dulu kelmarin kakinya patah, kini sudah baik tapi jalannya tempang.

Kembali ke atas