Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elok-elok

Puisi
 

Nak kayuh saya kayuhkan,
     Budak-budak main perahu;
Nak tangguh saya tangguhkan,
     Elok tak elok saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Elok lenggang di tempat datar.

Bermaksud :

Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Elok palut pengebat kurang.Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elok lenggang di tempat datar.Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat.Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elok buruk dan busuk hanyir.Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elok arak di hari panas.Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seelok-elok makan peluru meriam.Jaraknya sesuatu tempat menurut ukuran zaman dulu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada elok yang tak buruk.Janganlah bebas menceritakan rahsia diri sendiri kepada orang, kerana selama baik mesti akan datang waktu bermusuhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada elok yang tidak bercacat.Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga yang harum itu ada juga durinya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang.Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati.Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas